Saturday 18 May 2013

Si - Tanggang Moden


Siapa yang tidak tahu cerita epik Melayu yang sangat terkenal Si Tanggang Anak Derhaka. Cerita kelasik ini bagitu dekat di hati orang melayu seluruh nusantara ini. Cerita berbentuk pengajaran ini diceritakan dari mulut ke mulut semoga menjadi pedoman dan panduan kepada anak cucu mereka kemudian hari.

Tidak perlulah admin kisahkan cerita ini, kerana semua manusia di alam Melayu, tahu dan maklum akan kesudahannya. Kiasan seperti kau jangan jadi Si Tanggang, selalu dibisikan oleh ibu2 sebagai ingatan.

Setelah berabad berlalu, kisah si Tanggang ini seolah2 berulang kembali dengan versi baru, sesuai dengan zaman yang juga baru. Ingatan si ibu sia2 sahaja. Jika versi lama Si Tanggang dijadikan hamba oleh  Juragan kapal di lautan , versi baru pula Si Tanggang dilimpahkan kemewahan oleh Pak Juragan kapal di udara lepas.

Kerana kemewahan agaknya ,maka lupalah Si Tanggang akan asal usulnya. Perasaan sombong dan bongkaknya terlalu menebal di dalam diri. Benci dan marah sangat dia akan saudaranya, tidak cukup dicemuh dan dihina pula lidah resmi persuratan bangsa yang dibanggakan oleh datuk dan moyangnya dulu. Malu sangat2 dia akan pesuratan bangsa yang telah banyak menceritakan sejarah dulu, kini dan halatuju bangsanya di masa akan datang.

Walaupun bagitu saudara sebangsanya tidaklah bagitu kejam, walaupun dihina dan dicerca, dia hanya diminta memohon maaf dan undurlah dari kedudukan dia sekarang. Itu saja yang dipinta. Sejijik mana pun pandangan dia, saudara sebangsanya tidaklah sanggup untuk melihat dia disumpah menjadi batu. Semoga dia cepat insaf dan sedar siapa dirinya. Cukuplah dengan lagenda yang ada.





1 comment:

  1. Apa tuan punya blog cuba sampaikan? Sumpah cerita ni tergantung

    ReplyDelete