Tuesday 8 October 2013

PANASS - SIAPA KETUA PEMUDA UMNO..???


Pemilihan untuk memilih pemimpin bagi parti UMNO berulang kembli. Untuk kali ini format pemilihan telah diubah dari kebiasaan di mana seramai 33,272 calun telah disahkan untuk bertanding bagi merebut jawatan yang ada di dalam parti. Hanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang selamat kerana tidak dipertandingkan.

Dengan keterbukaan format kali ini telah mengundang ramai ahli untuk menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti. Ini membuatkan pemilihan UMNO 2013 menjadi panas. Penyandang-penyandang jawatan sedia ada terasa tercabar dengan kehadiran calun-calun baru yang memberikan saingan kepada mereka. Di masa yang sama ahli-ahli mempunyai kelebihan untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk berkhidmat kepada parti.

Untuk pemilihan ini penulis ingin fokus kepada pemilihan jawatan Ketua Pemuda yang dilihat lebih panas dan perlu diulas mengikut pandangan penulis sendiri. Untuk kali ini Lima calun telah menawarkan diri. Sedari dulu lagi pemilihan Ketua Pemuda selalu mendapat perhatian daripada ahli dan juga menjadi perhatian khusus kepada parti-parti lain. Ini kerana peranan Ketua Pemuda dalam parti UMNO mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Penyandang Ketua Pemuda Sdr. Khairy Jamaludin akan ditentang oleh empat calun baru. Penulis lebih fokuskan kepada Sdr. Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi sebagai calun yang berpotensi untuk menyaingi pertandingan tersebut. Jika kemenangan Sdr. Khairy yang penuh kontraversi di pemilihan yang lalu masih hangat dan diperkatakan sehingga sekarang. Maka pemilihan kali ini beliau sekali lagi dicabar oleh pesaing yang lebih segar dan berwawasan dengan agenda Hidup Melayu telah mendapat perhatian dan sekali gus meraih sokongan dari kalangan ahli-ahli pemuda UMNO sendiri.

Sejak kebelakangan ini agenda Melayu yang selalu menjadi selogan dan bagitu rapat dengan perjuangan pemuda UMNO telah terpinggir dibawah pimpinan Sdr Khairy. Banyak isu-isu sensitif berkaitan orang Melayu dan agama Islam tidak ditangani dengan baik oleh pemuda Umno. Malah pemuda dilihat lebih liberal dibawah kepimpinan Sdr Khairy. Ini membuatkan kegelisahan dikalangan ahli pemuda dan masyarakat Melayu sendiri.

Dengan munculnya calun yang berpotensi dan berwibawa Sdr Akhrmsyah dengan genda Melayu dan agama Islam, memberi satu alternatif kepada ahli untuk memilih yang terbaik untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Orang Melayu pernah membuat perubahan dan menolak kepimpinan yang bersifat liberal dan kurang semangat Melayu. Dato Onn dan Tuanku Abdul Rahman sendiri ditolak oleh orang Melayu kerana sikap trolak ansur yang berlebihan, tak apalah dan terlalu liberal dan banyak memberi ruang kepada orang asing hinggakan meresahkan perasaan orang Melayu yang merasakan hak dan kepentingan mereka dirampas.

Dengan sikap dan semangat jatidiri Melayu yang menebal di dalam tubuh badan Sdr. Akhramsyah yang akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, tidak mustahil sejarah penolakan orang Melayu terhadap Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman akan berulang semula. Sdr Akhram akan menjadi calun pilihan dan seterusnya menjadi pemimpin yang akan memertabatkan semula semangat perjuangan Melayu dan Agama Islam di negara ini.

HIDUP MELAYU. CALUN PILIHAN 03.




Wednesday 25 September 2013

House PK: PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ ...

House PK: PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ ...: Aku tertarik dengan artikel yang dibuat oleh Gelombang Wangsa Maju mengenai Mukhriz Mahathir KLIK SINI. Kenapa kita perlu sokong Mukhriz...

Saturday 14 September 2013

Wednesday 28 August 2013

SURVIVAL MELAYU



Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia.   Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan.  Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan. 

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.

Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik.  Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang.   Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?


 Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi minda dan sikap.  Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.  Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya dalam  mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara

Sunday 25 August 2013

Wednesday 31 July 2013

Tuesday 30 July 2013

PANASSS : The New Village Vs Tanda Putra


Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan. 

 Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’. 

Filem Tanda Putra yang mengkisahkan kejadian dan peristiwa benar sebelum dan selepas rusuhan kaum pada May 13 1969 yang digarap oleh pengarah Suhaimi Baba telah ditangguh penanyanganya di Pawagam kerana desakan dari kaum Cina. Hasil dari bantahan tersebut kerajaan telah ditahan penanyangannya. Mereka menganggap penayangan filam tersebut akan menyinggung perasaan mereka, malah meminta beberapa babak yang benar-benar berlaku dipadamkan. 

Ironinya dengan tiba-tiba kita dikejutkan dengan kelulusan tayangan sebuah filem berjudul "The New Village". Jika filem Tanda Putra dikisahkan peristiwa pahit berdasarkan fakta dan sejarah yang pernah menimpa negara ini dibantah. Sebaliknya filem The New Village yang digarap dari kacamata dan perjuangan komunis dinegara ini yang dianggap sebagai WIRA bagitu mudah mendapat kelulusan untuk tayangan. Kerja gila siapakah ini..? Apakah peranan FINAS dan LEMBAGA PENAPIS FILEM !!! Apakah mereka peka dan bertanggung jawab dengan meluluskan tayangan tersebut. Ataupun ada tangan dan kuasa ghaib yang mengarahkan.?

Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira.  Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya. 

Monday 29 July 2013

Sunday 21 July 2013

Panas!!! - Wake Up Call Buat PERKEMBAR!.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang memberontak melawan kerajaan. Ibrahim merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hindu (Hindraf) dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dengan memenuhi kehendak mereka.

Presiden Perkasa itu juga turut menyatakan “ Perkasa ambil keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong kerajaan sangat sebelum ini “ Kenyataan ini diluahkan oleh Ibrahim Ali selepas pertemuan Kepimpinan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pilihanraya ke 13 yang lalu UMNO memenangi  88 kerusi Parlimen menunjukan masih mendapat sokongan majority dari orang-orang Melayu berbanding dengan Pas yang mendapat 21 kerusi.

Harus diingat kemenangan ini bukan kekuatan sebenar UMNO, tetapi sokongan itu diberikan kerana rasa ketakutan dan bimbang memandangkan Anwar Ibrahim telah menjanjikan Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada Lim Kit Siang. Oleh itu orang Melayu  tiada pilihan melainkan UMNO.

Bayangkan sebelum ini Perkasa telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan untuk bertindak untuk memikirkan semula hubungan UMNO berikutan kerajaan meminggirkan mereka dan beberapa kepentingan orang Melayu. Apakah akan terjadi pada pilihanraya ke 14 yang tak sampai lima tahun lagi dari sekarang. Apakah kesinambungan kepimpinan Melayu melalui UMNO masih dapat dikekal.

Masihkah kepimpinan UMNO sekarang masih leka dan seronok dengan kemenangan lalu, berapa banyak lagikah akta-akta yang akan dimansuhkan?.

Berapa banyakkah perjanjian yang mungkin memberi kesan dan menekan kepada kepentingan dalam perniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi kepada bangsa Melayu/Bumiputra akan ditandatangni??.

Tun telah mengingatkan buatlah perancangan dengan betul an strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik orang Melayu. Ingatan ini harus disambut baik oleh kepimpinan UMNO dan Perkasa.


Ketahuilah diisaat ini juga pertubuhan NGO dan pertubuhan politik orang Cina sedang memikirkan bagaimana untuk mereka bergabung. Matalamat mereka tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan kuasa politik secara sah dan seterusnya mengambil alih kepimpinan Negara. 

Friday 19 July 2013

Pulau Pinang - 3 Doktor Cina Enggan Rawat Pesakit Melayu.


Persidangan Parlimen pada 15hb July, yang lalu Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengajukan soalan bertulis kepada Menteri Kesihatan mahukan siasatan dibuat keatas keenggan 3 doktor Cina di dua hospital kerajaan di Pulau Pinang merawat pesakit Melayu.

Lim Guan Eng yang juga pemimpin parti DAP seolah-olah mahu menunjukan kepada orang-orang Melayu betapa pekanya beliau terhadap masalah tersebut dan seolah-olah sikap perkauman yang ditunjukan oleh doktor Cina tersebut sangat keji. Apakah selama ini kita tidak tahu parti DAP sangat mengalakan dan menanam perasaan benci mereka kepada orang Melayu.

Gegala kurang ajar dan biadap gulungan bukan Melayu semakin menjadi-jadi, mutakhir ini beberapa isu-isu sensitif yang menyinggung perasaan bangsa Melayu dan agama Islam, termasuk institusi Raja-Raja Melayu telah diperlekehkan dengan biadapnya. Apakah Lim Guan Eng dan pemimpin DAP tidak cuba untuk menghalangnya atau menasihatkan kepada kaum mereka. Apakah perbuatan ini memang digalakan oleh mereka...??.

Keharmonian dalam negara seolah-olah dilihat tidak tenteram dengan pelbagai isu-isu rasis dimainkan secara sengaja. DAP juga dilihat mengambil kesempatan kerana tidak ada lagi akta ISA dan Ordinan Undang-Undang Darurat yang telah dimansuhkan untuk untuk menghalang mereka untuk membuat provokasi melampau. Mungkin jugakah disebabkan perpaduan dikalangan orang Melayu semakin terhakis dan paling buruk sekarang ini kepimpinan Najib sendiri dilihat terlalu  lemah kerana menurut sahaja kehendak dan tuntutan mereka.

Bangunlah bangsa ku!!!!. Bangkitlah pemimpin-pemimpin ku!!!. Dengan kuasa yang ada padamkanlah salakan suara-suara biadap itu. Belajarlah dari sejarah dulu jangan kita menang sorak kampung tergadai. Ayam terlepas tangan dipenuhi tahi. Biar berputih tulang, tapi jangan kita berputih mata.

Monday 8 July 2013

UMNO Benteng Hadapan Negara


Sekali lagi anak jantan Pak Yassin seorang tokoh agama di Muar bersuara. Jika dahulu bila di tanya yang mana satu Malaysia atau Melayu, tanpa teragak-agak Melayulah menjadi pilihann utamanya. Bergegar sekejap bumi Melayu ini, dikala ramai yang melaungkan 1 Malaysia tiba-tiba suara anak jantan ini yang juga pemimpin numbor dua sebuah parti politik terbesar negara ini mengatakan Melayulah yang menjadi keutamaannya. Secara tersiratnya Melayulah yang dominan di negara ini.

Di awal bulan Ramadhan yang mulia ini, sekali lagi anak jantan Pak Yassin iaitu Tan Sri Muhiyiddin di Pagoh Kampung lamannya sendiri dengan lantang memberi ingatan " Kalau ada suara-suara mahu tukar sistem negara ini menjadi sebuah republik, yang pertama akan bangkit menentang ialah seluruh tenaga orang Melayu dalamn UMNO, apa lagi hak orang Melayu" katanya,

Penulis menyokong penuh ingatan keras Tan Sri Muhyiddin, dikala ramai pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno dibelenggu sindrum bisu, dikala banyak kepentingan melayu mula dirobek, dikala rakyat yang asal pendatang mula menunjukan sikap kurang ajar, masih ada lagi suara jantan Melayu yang beranikan amaran dan ingatan.

Ayuh Tan Sri mulakan langkah, pendekar melayu pantang berundur. Lakarkan sekali lagi sejarah di tanah bertuah ini. Jika kepimpinan sekarang tidak berdaya gantikan tampuk kepimpinan, kita bentuk dan perkasakan jemaah baru. Tan Sri dah buktikan dulu bila maruah negarawan Melayu dihina, diinjak Tan Sri muncul menjadi pendesak.

Ingatlah pesan Seniman Negara kita, Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu. Masih tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin dengan kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan. Watak Melayu menolak permusuhan, setia dan sabar tiada sempadan. Tapi jika marah tak nampak telinga, musuh dicari kelubang cacing. Tak dapat tanduk, telinga dijinjing. Maruah dan agama dihina jangan. Hebat amuknya tak kenal lawan.

Ayuh Tan Sri., Jika ini kalilah, ucapkan ingatan ini di mana-mana. Rakyat mahukan pemimpin yang berani bersuara untuk disandarkan harapan. Perkemaskan jemaah dan barisan, rakyat mahu kepimpinan baru. InnSya Allah.





Wednesday 3 July 2013

House PK: PANAS BERAPI! SI KITOL KHAIRY MEMBATALKAN PROGRAM ...

House PK: PANAS BERAPI! SI KITOL KHAIRY MEMBATALKAN PROGRAM ...: Tiga bulan lepas semasa Shabery Chik masih lagi menjadi Menteri KBS telah ditetapkan satu program Tun M bersama anak muda. Program tersebu...

Tuesday 18 June 2013






Tarikh ini, 75 tahun lalu adalah keramat kerana menatang kelahiran sebuah syarikat orang Melayu diperbadankan di Singapura. Gagasan utama syarikat yang diusahakan oleh sekumpulan anak muda untuk menerbitkan akhbar yang menjadi suara orang Melayu pada zaman penjajah.

"Utusan Melayu
Ketika tanah air menjadi bisu
engkaulah penyambung lidah
bangsaku
orang-orang yang takutkan kata
merdeka
engkau jeritkan selantang suara"

Datuk Usman Awang.

Selain tokoh politik, Utusan Melayu juga melahirkn tokoh dalam kesusasteraan antaranya Sasterawan Negara Usman Awang, Keris Mas dan A. Samad Said. 

Waktu itu tiada jentera parti, Utusan Melayu lah yang menjadi jentera UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu dan menentang Malayan Union. Yang menyampaikan berita supaya orang Melayu pekik "Merdeka" diseluruh kampung dan bandar.

Bangunan baru kini menjadi mercu tanda tentang semangat dan perjuangan bangsa Melayu.

Syabas dan taniah Utusan.

Thursday 13 June 2013

TEORI RAHMAN REVISITED - Petanda Dari Kod Rahsia Surah Ar-Rahman (Siri 2 & Terakhir).

Siri penamat ini akan membentangkan sedikit fakta dari kitab-kitab lama dimana dari sudut analisa penulis, ada khaitannya dengan teori RAHMAN revisited beserta dengan kejadian yang mungkin berlaku pada 2014. Bukan niat penulis untuk meramal akan tetapi haruslah kita fahami didalam Islam terdapat ilmu numerologi yang saling berkait dengan ilmu falak. Jadi, segala yang terkandung didalam artikel hanyalah jangkaan semata-mata.

Untuk pengetahuan umum, ilmu falak ini juga disebut sebagai ilmu hisab yang menggunakan perhitungan didalam mempelajari batas-batas waktu. Sebagai contoh, didalam penetapan hari merdeka, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, Ulama Besar dari Kepala Batas telah dirujuk untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pengistiharan hari kemerdekaan yang telah ditetapkan31 Ogos 1957 kerana beliau dikenali dengan ilmu falaknya. Tarikh 31 Ogos 1957 itu dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, sekiranya ada yang berpendapat ini hanyalah cerita omong kosong, maka mereka berhak berpendapat sedemikian kerana tiada sesiapa pun sebenarnya yang memahami secara mendalam akan khaitan teori RAHMAN ini dengan pemimpin negara yang 6. Oleh kerana itulah penulis memulakan dengan perkataan ‘teori’ kerana teori tidak semestinya betul. Akan tetapi, oleh kerana sudah terlalu ramai yang bercakap tentang teori ini dari dahulu kala sehingga kini, maka tidak salah juga pengkajian yang mendalam dilakukan oleh kita. Walhal, bumi alam Melayu ini terkandung banyak rahsia yang perlu diberi kajian agar kita dapat memanfaatkan diri kita dari hasil kajian tersebut untuk hari yang mendatang.

Baiklah, berbalik kepada topik asal artikel ini, terlebih dahulu marilah kita melihat apakah yang telah dikata didalam sebuah kitab jawa kuno yang dikenali sebagai Kitab Jaya Baya/Joto Boyo. Sila rujukhttp://id.wikipedia.org/wiki/Ramalan_Jayabaya untuk ulasan yang lebih mendalam. Mengikut kitab ini, dikatakan seorang pemuda yang digelar Satrio Peningit (juga membawa maksud Pemuda Bani Tamim) akankeluar membawa tapak Islam kepada Ratu Adil (juga membawa maksud Ulil Amri). Mengikut ceritanya, Satrio Peningit itu adalah pahlawan yang tersembunyi dan dilindungi Allah swt kerana disekelilingnya terdapat pelbagai kezaliman dan ketidakadilan. Dan tugasnya adalah untuk menghapuskan segala kezaliman dan ketidakadilan tersebut. Orangnya berani dan lantang tetapi kelihatan tenang dan penuh dengan strategi. Kedatangannya dikatakan berasal dari Nusantara dan merupakan pengulangan kejayaan Majapahit masa dahulu dan kemudiannya dikenali sebagai Mataram setelah diIslamkan pemimpin dan penduduknya.

Maka, ini membawa maksud cahaya Islam akan keluar insyAllah dari Nusantara dan menerangi dunia sepenuhnya suatu hari kelak. Munculnya Satrio Peningit ini adalah pada waktu kekecohan  demi membawa keluarnya umat dari masalah dunia yang didokong oleh pihak zionis yang kini mengawal seluruh ekonomi dan politik dunia. Mengikut kitab ini, Satrio Peningit itu merupakan tokoh adil, karismatik dan bijak untuk melawan segala kejahatan yang bermaharajalela di dunia kini.

Satrio atau juga bermaksud satria merupakan seorang yang hanya mementingkan kebaikan untuk seluruh alam. Buat masa ini, hidupnya tidak boleh menonjol  dan hidupnya bagaikan disembunyikan oleh waktu. Kelak, didalam menjalankan tugasnya, beliau tidak membeza-bezakan sesama insan kerana semuanya adalah makhluk Allah swt. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemuliaan dan kewibawaan kerana mengalirnya darah para raja dari pelbagai warisan yang saling berkait dengan keturunan dari keluarga Nabi Muhammad saw.

Diceritakan juga, beliau dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar di Nusantara yang juga saling berkait dengan Tanah Jawi. Tidak ada yang menyangkal, apa yang akan dikerjakan oleh Satrio Peningit kelak akan membuka hati rakyat dengan memakmurkan rakyat apabila pemerintah negara gagal menyelamatkan negara! Dia juga akhirnya akan memimpin negara, membawanya terkenal keseluruh jagad. Segalanya yang tertera disini merupakan sesuatu yang menanti masa dimana tiada sesiapa pun dapat menjangka tahun keluarnya dengan tepat.

Untuk tatapan pembaca, walaupun cerita ini hanyalah berbentuk ramalan, tetapi banyak yang diceritakan didalam kitab didalam hal-hal yang berkhaitan tantang sosial dan politik telah banyak menjadi kenyataan selama beberapa dekad ini.

Persoalan seterusnya, apakah khaitan kitab Jaya Boyo ini yang banyak berkisar dengan ramalan dari negara Indonesia dengan teori RAHMAN revisited serta khaitannya dengan  kedatangan Satrio Peningit. Mengikut analisa penulis, kedua-dua bab ini saling kait mengait kerana Nusantara ini adalah milik Bani Jawi dimana asalnya merupakan rumpun tanah-tanah Melayu yang tidak dipisah oleh konsep kenegaraan atau ‘nation state’. Konsep ini telah berjaya diperkenalkan oleh pihak Barat yang menjajah di kawasan ini melalui operasi pecah dan belah yang membawa akibat banyak institusi Raja dan Agama dipisahkan dari kehidupan rakyat jelata.  

Maka, persoalan yang seterusnya, apa pula khaitan dengan 2014 melalui kod surah Ar-Rahman yang telah dipecahkan dan dihuraikan dalam siri 1. Sekiranya benar kajian penulis melalui pecahan kod rahsia didalam teori RAHMAN revisited ini, maka kemungkinan besar dunia akan melihat perubahan besar akan berlaku di Nusantara mulai dari tahun 2014.

Apa yang akan berlaku pada tahun 2014 sebenarnya ada saling kait-mengait dengan peristiwa di 2013. Pada tahun 2013, negara menghadapi pilihanraya yang amat mencabar. Ramai yang menganggap inilah keputusan terburuk dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional yang dikemudi kuat oleh UMNO. Dari pendapat penulis, inilah keputusan yang TERBAIK! Kenapa?

Secara kita sedari atau tidak, barisan kepimpinan negara kini telah diketuai dengan majoriti bangsa Melayu Islam melalui penolakan bangsa Cina secara total. Didalam pengamatan penulis, inilah takdir Illahi yang telah tidak dapat dilawan oleh pihak penyokong yang bermajoritikan populariti. Maka, apakah hikmah disebalik keputusan ini? Bagi pendapat penulis, inilah masa emas untuk bumi Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan Islam secara total. Masalahnya, adakah pemerintah negara sanggup melakukan sedemikian?  Oleh kerana 97% peratus undi Cina telah menolak dasar perjuangan Barisan Nasional dan telah diselamatkan oleh undi Melayu serta pribumi di Sabah dan Sarawak.

pada amatan penulis, inilah masa yang sesuai negara menerapkan nilai-nilai Islam secara total didalam pucuk pemerintahan. Sebagai permulaan, sekiranya kerajaan ini hari berani menutup segala kegiatan haram sperti kasino dan nombor ekor, penulis pasti kerajaan akan dapat sokongan yang lebih padu dari semua bangsa Melayu Islam seluruh negara bagi memastikan kemenangan untuk PRU 14. Lihat, nombor 14 disini menandakan sesuatu!

Akan tetapi, berbalik pada realiti ini hari, beranikah kerajaan ini hari melakukan sedemikian? Inilah puncak segala masalah yang akan meletus pada tahun 2014, mengikut kiraan penulis.

Jadi, berbalik pada 2014 seperti yang telah dipecahkan melalui petanda dari kod rahsia surah Ar-Rahman, penulis berpendapat akan berlaku krisis politik terbesar di Malaysia dan disertai pula dengan politik negara Indonesia menjelang Pilihanraya Presiden (PEMILU). Sedikit ulasan tentang keadaan politik di Indonesia, Presiden Susilo Bambang yang telah dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Indonesia 2014, akan menghadapi cabaran yang tertinggi sepertimana yang dihadapi oleh Barisan Nasional pada PRU 13 kerana meluasnya agenda Zionis dikalangan pihak pembangkang. Jadi, di tahun 2014 ini, kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia akan menghadapi polemik politik pada tahap tertinggi yang mungkin akan mengegar pucuk pemerintahan kedua-dua buah negara.

2014 itu – Permulaan TAMATnya teori RAHMAN revisited.

Walaupun Malaysia sudah melepasi PRU 13 nya, teori RAHMAN revisited ini membawa petanda TAMATnya kepada pucuk pemerintahan negara yang dilantik berlandaskan sistem demokrasi. Mengikut teori RAHMAN, penutupnya adalah pada N iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 kini. Maksudnya disini, teori RAHMAN itu telah sampai ke penghujung yang akan bakal digantikan dengan sistem pemerintahan yang akan membawa negara ini ke landasan yang baru. Bagi mereka yang menganggap teori ini akan bersambung, penulis berpendapat tidak sama sekali.

Ini membawa erti sistem politik sekular yang telah di perkenalkan oleh pihak Barat ini akan berkubur di Nusantara merangkumi Malaysia dan Indonesia. Negara ini akan diganti dengan sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam ala sistem khalifah. Mungkin ada yang terkejut lantas terus menyangkal pendapat ini tetapi penulis menjangkakan perkara yang sama juga akan berlaku di Indonesia dihujung pemerintahan SBY pada tahun 2014 kerana pada tahun ini juga Piliharaya Presiden (PEMILU) akan diadakan. Dan sekiranya mengikut cerita kitab Jaya Baya yang telah penulis kupaskan diatas, ini mungkin akan membawa perubahan besar pada Nusantara.

Dalam erti kata lain, bagaikan sirih pulang ke ganggang, kemungkinan Malaysia dan Indonesia bergabung membentuk negara Nusantara seperti asal dan dahulu kala akan menjadi realiti. Ianya akan menjadi kerajaan besar Islam yang berpaksi dari Putrajaya, Malaysia yang menjadi pemangkin keatas segala urusan umat Islam sedunia.

Sekiranya benar Satrio Peningit yang diceritakan didalam kitab Jaya Baya itu akan keluar memimpin Nusantara mengarah kepada pucuk pemerintahan yang adil dan bijaksana, maka tidak mustahil sekiranya berlaku gabungan diantara negeri-negeri di Alam Melayu dibawah bayu Nusantara yang merangkumi Malaysia dan Indonesia ini. Dan dengan pengabungan ini, sistem beraja itu akan kekal dibawah satu Ratu Adil atau kita kenali sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai ulil amri yang menjaga kepentingan umat Islam sejagat.

Akhir kata, nombor 14 ini nombor yang menarik. DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah Agong yang ke- 14 dilantik pada 13 Disember 2011. Perhatikan kembali nombor ini…….Agong 14, haribulan 13, bulan 12, tahun 11………………..14, 13, 12, 11.

AMPUN TUANKU!
Apakah petanda dari semua ini? Terimakasih pada SY diatas catatan 14, 13, 12, 11 ini.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kesilapan itu datangnya dari diri penulis sendiri. Anggaplah catatan ini hanya cerita bersahaja yang mungkin tiada benarnya. Sesungguhnya, hanya Allah swt yang mengetahui segala-galanya.

Sumber: 4s

Monday 10 June 2013

S A N G G A H T O K J A N G G U T: Tempoh 100 hari atau mungkin lebih-ujian getir men...

S A N G G A H T O K J A N G G U T: Tempoh 100 hari atau mungkin lebih-ujian getir men...: PM Najib sedang diuji...! SEBAHAGIAN rakyat kini sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi pel...

25 FADILAT ISTIGHFAR


Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.
1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)
3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#ixzz2VoTSZNOc

Sunday 9 June 2013

Saturday 8 June 2013

Raja, mana nak letak muka,

Hari ini admin nak ajak pembaca semua untuk bersantai, selalunya tulisan admin banyak menyentuh pasal politik semasa dan permasalahan dan kegawatan yang kita hadapi sejak selepas PRU 13. Kita lupakan sejenak. Nak bagi tau semalam teman dan beberapa exco dan admin yang lain telah diundang untuk majlis bersantai bersama dengan PM dikediaman resminya. Gambar pun dah ada teman tengok dia orang post kat sini.

Jadi untuk tajuk bersantai tak beberapa nak santai di atas, jangan terkejut pulak!!.  Cuma teman nak bagi tahu pasukan harimau malaya telah di sekeh kepala mereka sorang-sorang oleh kangarru Australia. Pasukan bola kebangsaan kita dah dimalukan oleh pasukan kelab Australia yang pemainnya yang dipilih-pilih sahaja.

Malu sangat teman bila bila akhbar di sana menyindir dan menulis " Part-timers steal win over international" dan " Trninie wary of letdown after Malaysia". Mereka mempersenda dan memperlekehkan pasukan kita. Apatah lagi mereka bermain dengan sembilan orang sahaja baru boleh kita jaringkan gol.

Pasukan bertaraf kelab Canberra FC menang dengan pasukan kebangsaan kita 3-2. Satu kemenangan yang sukar jurulatihnya lupakan kerana dapat mengalahkan pasukan bertaraf antarabangasa. Betul ke pasukan Malaysia bertaraf antarabangsa...????.

Rajagopal mana kamu nak letak muka?. Orang tak bagi pergi kamu lawan pasukan status kelab. Kalau menang pun tak ada maknanya. Tapi apa yang terjadi?

Lu fikir sendiri la........Raja.


Friday 7 June 2013

UMNO DULU DAN SEKARANG .


1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.
2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.
3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

INGATLAH HAK TETAP HAK...



TANAH MELAYU TANAH AIR KU.


PRU 13 telah berlalu, tumpuan sekarang adalah untuk berkerja dan melaksanakan semua janji-janji yang telah ditaburkan. Ada juga rungutan mengatakan ada janji-janji yang tak sepatutnya. Terlampau nak menagih undi, mereka terlupa nak jaga hati orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin umno nasib mereka belum selesa lagi. Jawatan mereka dalam parti rupanya adalah ditangan ahli-ahli umno. Tidak lama lagi perhimpunan agung umno akan diadakan. Sebelum mesyuarat untuk pemilihan cawangan dan bahagian akan diadakan. Maka ramailah dari mereka yang berjawatan baik di cawangan, mahu pun di pusat dah terasa senak perut.

Dah ada kedengaran dan cadangan supaya usul untuk selamatkan diri dilakarkan sesama mereka kononnya untuk demi perpaduan dalam parti. Sedangkan sebelum ini telah diwartakan kepada semua ahli satu sistem baru akan diperkenalkan untuk pemilihan parti yang lebih telus. Kononnya lagi untuk mengelakan gejala rasuah dari berlaku.

Apa pun alasannya nak bertanding ke atau tidak perlu langsung dipertandingkan semua jawatan mereka fikirlah sendiri. Yang buat sistem baru pun mereka juga. Untuk apa semua itu jika tidak dilaksanakan.

Thursday 6 June 2013

GERAKAN ANTI PKR: CUBAAN RAZALI IBRAHIM JADIKAN PEMUDA UMNO 'PONDAN'...

GERAKAN ANTI PKR: CUBAAN RAZALI IBRAHIM JADIKAN PEMUDA UMNO 'PONDAN'...: KLIK SINI presiden dimintak tiada pertandingan. timbalan presiden dimintak tiada pertandingan. wanita dikatakan dimintak tiada per...

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU - NAJIB JANGAN LUPA.

Sebelum menjelang nya kemerdekaan Tanah Melayu, sembilan Raja Melayu yang memerintah di Negeri jajahan Baginda telah bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan memberikan tujuh wasiat yang ditujukan khas kepada orang melayu yang merupakan rakyat asal negeri-negeri tersebut.-

" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 pekara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang
teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

Monday 3 June 2013

House PK: CILI KASI TARUK! SAMPAI BILA KITA KENA TUNDUK DENG...

House PK: CILI KASI TARUK! SAMPAI BILA KITA KENA TUNDUK DENG...: Dengar baik-baik ya apa aku nak cakap ni wahai pembaca sekalian. Aku nak bagitau korang satu perkara yang sangat penting. Ini pasal kekuat...

SLOGAN 1 MALAYSIA HANYA DI MULUT

“JANGAN ganggu sensitiviti kaum Cina. Kami tak boleh terima apa saja cadangan yang boleh mengganggu budaya orang Cina. Apa yang sudah dilaksana ketika ini sudah dikira cukup baik dan perlu diteruskan. Jika ia diusik, saya tak boleh bayangkan apa yang bakal berlaku nanti.” 

Itu pandangan Pengerusi Pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Ong Chiaw Chuan, apabila diajukan pertanyaan mengenai cadangan banyak pihak supaya beberapa subjek bukan teras diajar dalam Bahasa Melayu di semua sekolah jenis kebangsaan (SJK). 


Apakah Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan telah berjaya dihayati oleh segenap lapisan rakyat?, atau hanya sekadar penyedap mulut atau pun omongan semata-mata..!!!!

Sunday 2 June 2013

Monday 27 May 2013

SINGKIRKAN JIKA LEMAH....

Kawasan majority Cina sukar untuk ditawan dan BN tidak sepatutnya membuang masa serta wang di kawasan berkenaan tetapi perlu member tumpuan di kawasan yang mereka kalah dengan majority tipis pada 2008. BN juga sepatutnya perkukuhkan penguasaan di kerusi mereka menangi pada PRU-12
Terlalu banyak masa dan wang disia-siakan di kawasan Bandar yang keputusannya sudah boleh dijangka. BN sepatutnya member tumpuan kepada isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar infilasi, kemiskinan Bandar dan graduan muda”.
DAIM   [ CHINA PRESS ].

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Saturday 25 May 2013

CINA SOKONG ADAM ADLI



“Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.
Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang ( kanan ), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak. Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?
Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.”
ANDREW ONG - Malaysiakini .

Semasa  melayari beberapa buah web terutama di web yang lebih condong kepada pembangkang, saya terbaca seperti petikan di atas. Walaupun artikal ini agak panjang tapi petikan yang dipaparkan merupakan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

Benarkah seperti yang dinyatakan orang cina mengagung2kan  pemimpin Melayu pembangkang yang seperti di atas kerana pencapaian prestasi mereka. Apakah yang telah mereka sumbangkan kepada orang cina di negara ini?. Sekurang2nya penulis berikanlah contoh untuk ,meyokong dakwaan tersebut. Mengapa orang2 cina tidak menyokong kepada pemimpin2 Melayu/BN yang telah terbukti banyak menyalurkan bantuan kepada mereka.

Yang lebih pelik lagi dakwaan penulis orang2 cina tidak berkehendakan pemimpin mereka untuk menjadi  Perdana Menteri. Ironinya dimasa yang sama mereka melakukan tsunami politik perkauman pada PRU yang lalu. Apakah terlalu susah untuk memahami matalamat mereka hanyalah untuk memegang tampuk kuasa dan pemerentahan negara ini.

Adakah ikhlas sokongan orang2 cina terhadap Adam Adli?, atau hanya untuk mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh untuk mendapat keuntungan dari kemelut yang dicetuskan oleh Adam. Apa yang diperjuangkan oleh Adam adalah untuk mengajak semua orang berarak di jalanan untuk merampas kuasa. Bukankah ini yang mereka mahukan. Inikah yang dimaksudkan berbuat baik tetapi ada makna yang tersirat.

Di manakah sikap tanggung jawab masyarakat cina (tidak semua) terhadap negara ini. Apakah mereka ingin melihat negara ini menjadi huru- hara kerana mengejar kuasa. Adakah mereka tidak terfikir akan ada bangsa lain pula yang akan membuat tindakan yang sama dan akhirnya akan mengundang pertelingkahan yang lebih parah.

Kepada pihak berwajib dan penguat kuasa bertindaklah segera sebelum negara yang aman dan makmur ini hilang segala2nya.


Wednesday 22 May 2013

WHAT AGENDA THEY HAVE IN COMMON


Setelah lama menghilang tiba2 dia muncul kembali, kemunculanya kali ini seolah2 mengamit semula memori lampau yang masih menjadi kontroversi. Kali ini dan seperti dulu juga dengan angkuh dan sombong tutur katanya mengeluarkan kenyataan untuk menghangatkan lagi isu  Utusan Malaysia dan CEO airasia X. 

Siapa yang tidak kenal dengan beliau Kalimulah Hassan yang pernah menjadi sahabat baik kepada Pak Lah, yang juga bersahabat baik dengan Dato Patrik Lim@Patrik Badawi dan juga hubungan erat dengan anak serta menantu kesayangan Pak Lah.

Hubungan baik yang terjalin,telah menjadikan dia menikmati kehidupan yang mewah hasil dari syarikat perniagaan yang ditubuhkan. Kalimullah juga dikurniakan pelbagai projek yang diberikan secara runding terus, yang mungkin tidak dapat oleh syarikat2 lain.

Sebagai imbalan dia yang dikenali sebagai 'MR SPIN' telah diberikan kuasa menerajui media arus perdana seperti Media Prima Berhad dan NST Group. Dia juga dikatakan terlibat dengan menubuhkan portal berita 'The Malaysian Insider', tugas utamanya adalah untuk merancang dan memutarbelitkan kenyataan media bagi memastikan mereka yang dianggap boleh 'membahayakan' karier politik Pak Lah diserang dengan secukup2nya.

The Malaysian Insider diwujudkan seolah hanya fokas untuk menyerang personaliti Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib yang waktu itu menjadi timbalan Pak Lah. Media arus perdana ini digunakan sepenuhnya untuk melanyak siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemerintahan Pak Lah dan punahsihatnya di tingkat 4 pejabat PM.


Mungkin semua pembaca maklum mengapa Tun Dr Mahathir diserang, tetapi perlu huraian secara halus mengapa Dato Seri Najib juga turut diserang dan diperlekehkan di mata umum dan masayarakat..??.

Persoalannya adakah kemunculannya kali ini sebagai tanda awal untuk merealisasikan cita2 asal kumpulan mereka dulu yang mungkin terganggu dan terbantut dan ini kalilah untuk diteruskan agenda mereka kerana peluang yang ada mungkin sudah terbuka semula. Hubaya2.....

Bersambung.... banyak lagi cerita menarik.

Monday 20 May 2013

Now Everyone Can Cry



Dengan bongkaknya CEO airasia x mengatakan " tidak ada lagi pemberian iklan kepada akhbar Utusan Melayu". Akhbar lidah resmi orang2 Melayu ini diibaratkan sampah yang menjijikan.

Sebenarnya apalah erti iklan yang tak seberapa nilainya kepada Utusan Melayu, iklan tersebut tak lebih tak kurang hanya ibarat jajan kepada budak2 untuk menutup mulut sahaja.

Respon dari orang kuat Utusan, nilai iklan airasia hanya sekadar iklan jamu kuat yang terdapat diakhbar2 picisan. Bayangkanlah ada pun tak menambah, tak ada pun tak mengurangkan.

Molek sangat jika Utusan terus tutup pintu untuk airasia. Ini akan memudahkan untuk rakyat menyalurkan segala kelemahan dan ketidakpuasan hati penguna kepada media. Admin percaya akhbar2 lain yang telah dipugal dengan iklan tak akan berani untuk bersuara untuk rakyat kerana telah diikat mulut dan tangan.