Wednesday 28 November 2012

House PK: AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK...

House PK: AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK...: Sekadar gambar hiasan Tidur! Sejak kebelakangan ini, aku perhatikan ada bebrapa komen yang secara konsistenmneyerang Tun M dan anak bera...

Sunday 25 November 2012

Apa lagi Bangsa Cina nak Sebenarnya....???


Dong Zong Bukan Anti Kerajaan Tetapi Anti-Melayu

Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.  Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.  

Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.  .

Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.

Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin.  Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.  Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan.

Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.  

Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan.  Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta?

Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS.  Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini.

Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan.  Ini mungkin separuh benar.

Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.   Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’.

Bagi kaum Cina, ‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.   Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.  Memandangkan Melayu yang  mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu.

Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.  Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua.

Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan.

Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.

Wednesday 7 November 2012


Nurul Izzah Buktikan PKR & PAS Semakin Liberal

Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab 'Contact Us', di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-

"Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life".

Tampak jelas matlamat utama OHSMi adalah untuk mengetengahkan peranan penganut Kristian dan mengembangkan pengaruh mereka dalam ruang lingkup masyarakat negara ini.

Namun disebalik itu semua apa pula motifnya kehadiran Nurul Izzah dan Mujahid di acara tersebut? Kedua-duanya bukannya pengikut Jesus Christ, dan diketahui umum lahir sebagai muslim.

Nak dikatakan kedua-dua pemimpin politik dari PKR dan PAS itu datang berdakwah kebenaran Islam dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, realitinya tak pula begitu.

Sebaliknya, Nurul Izzah dalam jawapan kontroversinya kepada satu pertanyaan dari hadirin mengakui hak kebebasan agama tidak sepatutnya hanya terhad pada orang bukan Melayu.

Dengan kata lain, sepertinya secara sedar Nurul Izzah bersetuju bahawa orang Melayu Islam juga perlu diberi hak sama rata untuk bebas menganut agama lain sama seperti orang bukan Melayu.

Kesan sikap tidak cermat anak perempuan Anwar itu, besar impaknya pada umat Islam khususnya orang Melayu Islam sekiranya hak kebebasan beragama disalah tafsir, tak mustahil akan wujud lebih banyak kes seumpama kes murtad melibatkan seorang perempuan Melayu keturunan Jawa bernama Azlina Jelani ataupun juga dikenali sebagai Lina Joy.

Satu kebetulan, ringkasan pengenalan berkaitan forum tersebut seperti yang terpampang dalam laman web OHSMi juga seperti bersimpati dengan kegagalan permohonan Lina Joy untuk menukar agamanya kepada Kristian.

Penglibatan Nurul Izzah ke forum sedemikian tidaklah terlalu luar biasa memandangkan pendirian ayahnya sendiri yakni Anwar Ibrahim dalam kes Lina Joy agak condong untuk menyokong permohonan Lina Joy untuk bebas menukar identiti dan agamanya.

Namun, pembabitan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof, anak lelaki kepada bekas Mursyidul Am PAS yang pertama, Yusof Rawa membuktikan pendirian PAS dalam isu murtad sudah semakin longlai.

PKR yang sekian lama berpegang pada prinsip liberal dan pluralisme, kini semakin liberal manakala PAS pula hari demi hari kian terpengaruh dengan dasar PKR. Demi kerana kemaruk mengejar kuasa PAS sepertinya tidak kisah untuk berubah menjadi liberal. Undi dikejar, agama digadai.