Thursday 27 December 2012


10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

Thursday 20 December 2012


PAS Tolak Amanat Hadi, Anggap Ia Telah Basi

Amanat Haji Hadi sekali lagi menjadi topik hangat walaupun ia pertama kali di’fatwakan’ pada tahun 1981.   Benar, ia sudah lama berlalu namun tidak benar jika dikatakan bahawa perkara ini sudah basi kerana ia melibatkan hubungan dalam masyarakat, kekeluargaan dan ikatan suami isteri yang terjejas atau terputus yang mana kesannya diwarisi dari generasi ke generasi.

Malah, lebih dahsyat, Amanat itu juga dikhuatiri menjadi punca kehilangan nyawa dalam Tragedi Memali 1985.   Ini bermakna Amanat ini akan terus relevan untuk dibincangkan sehingga ke akhirat dalam konteks syahid atau tidaknya pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam perjuangan menentang kerajaan UMNO.  

Kita perlu faham akan besarnya impak atau akibat dari Amanat tersebut, di mana tanpanya, tragedi Memali mungkin tidak berlaku, dan anak-anak pengikut Ibrahim Libya mungkin tidak akan kehilangan bapa dan isteri mereka tidak akan menjadi balu.  Isteri dan anak-anak tersebut juga tidak akan menghadapi trauma, dan hidup mereka juga mungkin tidak sedaif yang mereka lalui selama ini, sekali gus sikap anak-anak mereka mungkin berbeza, lebih ceria dan yakin diri lalu menjadi manusia berjaya.

Benar sekali lagi, bahawa ini semua adalah takdir.  Namun, dalam memahami ‘takdir’ kita harus merujuk terlebih dahulu kepada qada’ dan qadar di mana yang qada’ itu pasti, tetapi qadar atau ‘kadar’ boleh diubah atas usaha, sikap, tindakan dan doa iaitu pilihan yang diambil dalam hidup kita.

Nasib yang menimpa kita berlaku dalam satu rangkaian kejadian sama ada dari diri kita sendiri atau orang dan keadaan sekelilng, dan bukannya secara tiba-tiba.  Faktor qadar tidak boleh diketepikan memandangkan  kiamat juga boleh terus ditunda selagi ada manusia yang berdoa dan menyebut nama Allah SWT.   Justeru, Memali mungkin tidak terjadi tanpa Amanat Hadi.  

Dalam mengingati Memali juga, jangan kita lupa akan tragedi yang hampir serupa di Sauk sehingga membawa kepada penahanan di bawah Akta ISA serta kesannya kepada keluarga yang terlibat, sama ada di pihak pengikut Al-Maunah, atau di sebelah pihak berkuasa yang dibunuh kejam oleh mereka.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi PAS untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan.

Namun, itulah hakikatnya.  Hadi Awang bukan sahaja berkelakuan seolah-olah beliau lupa, tetapi juga cuba berdolak-dalih atau menafikan apa yang dimaksudkan dari fatwanya.  Dalam kata lain, beliau benar-benar lepas tangan, langsung tidak merasa bersalah dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab atas penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa sesiapa saja akibat berpegang kepada amanatnya itu.

Harakahdaily juga hanya mempersendakan media-media pro-kerajaan yang mengungkit semula isu Amanat Kafir ini sebagai peluru kitar semula dan sebagai tiupan trompet perang pilihanraya.  Soal akidah dan iman langsung tidak disentuh oleh mereka ketika membicarakan hal ini.

Sepertimana sikap pemimpin solat hajat dalam Muktamar PAS yang baru lalu di mana soal kesejahteraan, penyatuan dan kekuatan ummah langsung tidak disebut tetapi hanya menumpukan penuh khusyuk memohon agar BN K.O dalam pilihanraya, begitulah juga sikap Harakahdaily dengan isu amanat ini.  Yang diulang-ulang dan diulang-ulang serta diaminkan berkali-kali, hanyalah pilihanraya dan pilihanraya semata-mata – dengan sepenuh hati, jiwa dan raga.

Hakikatnya, ada suami isteri yang bercerai-berai, ada masyarakat yang bersengketa sehingga membawa kepada berbagai kisah yang tidak mungkin kita mampu dedahkan semuanya, ada yang meninggal dan ditanam dengan bendera PAS, ada isteri menjadi balu, ada anak kehilangan bapa dan ada manusia yang kehilangan nyawa kerana berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir kerana memisahkan politik dan agama dan bukannya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah, adalah benar dan telah berlaku.  

Haji Hadi boleh menidakkan bahawa semua yang berlaku itu sebagai salahnya, dan terus menumpukan kepada pilihanraya.

Tetapi, soalnya jika bukan salah Haji Hadi, salah siapa pula?  Siapakah yang mampu mempengaruhi pengikut-pengikut PAS untuk memusuhi UMNO dan kerajaan sehingga begitu sekali, iaitu mengalahkan permusuhan antara umat Islam dengan syaitan?