Sunday 13 May 2012

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66


Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini.  Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk.  Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.  

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini.  Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.    

Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan.   Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja.   Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang?   Di dalam laman sosial di internet sajakah?   Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0?  Apakah mereka tidak cukup bersemangat?  Atau tidak cukup keyakinan?  Atau pengecut?   Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana.  Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera.    Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.

Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO.  Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu.  UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap.   Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap.  Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah.   Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu.  Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.  

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara!  Hidup UMNO! Hidup Melayu!  Allah selamatkan Malaysia!

Friday 11 May 2012

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik


Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Kata PakTeh "Memang benar PAS menggunakan Islam sebagai alat politik untuk menarik undi orang Melayu"