Friday 12 October 2012

House PK: PANAS! PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...

House PK: PANAS! PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...: Antara keDUNGUan Lebai-Lebai DUNGU PAS ialah mereka meLIHAT seseorang Melayu/ISLAM yang KAYA hasil keMAKMURan NEGARA di bawah kerajaan UMN...

Nyawa PAS di Tangan DAP?

Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.

Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP.   Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain.   Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.  

Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa.  Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama.

Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.   PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.  Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya.

Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.

Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR.  Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.

Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.

Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.

Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas.  Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam.

Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.  Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.  

Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.  

Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya?   Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar?  

Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.

Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.  Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.   Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya.  Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya.   Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.

Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Sunday 7 October 2012

Friday 5 October 2012

Wednesday 3 October 2012

Doa Anak Yatim Dimakbulkan. Alhamdulillah


Tanah YBK:  Kezaliman Kerajaan Selangor Dibalas Tuhan

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin.  Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor.  Seluas 218 ekar  daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM.

Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.

Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka (“bayaran kedua”).

Namun, apa yang berlaku ialah:

i)  Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka

Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini.  Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah ‘cukai tanah tidak berbayar’.

Justeru, persoalannya ialah apakah motif kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah ini?

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom mengesahkan bahawa tanah hak milik syarikat tersebut telah pun mempunyai geran dan cukai premium tanah sejak diambilalih pada 1997 juga telah dijelaskan.  Maka, jika kerajaan negeri ingin mengambil-alih tanah tersebut, ia perlulah melalui proses pengambilan tanah mengikut undang-undang.

Menurut laporan awal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah, Rawang, milik YBK kerana yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu telah menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan, namun tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.

Sekali lagi, apakah motifnya bagi kerajaan PR Selangor untuk beria-ia ingin masuk campur dalam urusan dan operasi YBK?  Jika alasannya adalah kerana ingin memantau kewangan dan pentadbiran YBK untuk memastikan kebajikan rakyat miskin terjaga tentulah tidak boleh diterima kerana segala program YBK adalah telus selain kewujudannya sudah begitu lama dan terbukti berkesan.

Lagipun, rakyat Selangor yang ‘dekat’ dengan program-program kebajikan pasti sedia maklum tentang bagaimana kerajaan PR Selangor telah menghentikan sumbangan yang biasa diperuntukan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di negeri ini oleh kerajaan BN sebelum ini.  Tiada alasan diberikan atas tindakan menghentikan sumbangan tersebut.  Justeru, alasan prihatin terhadap rakyat miskin tentulah tidak boleh diterimapakai.

Oleh itu, rakyat melihat bahawa motif kerajaan Selangor ingin merampas tanah ini tidak lain tidak bukan ialah kerana PYBK dilihat sebagai tidak menepati aspirasi PR yang memegang prinsip kesamarataan total, selain ingin meneroka peluang untuk membuat ‘keuntungan’ dari tanah yang begitu luas.

Secara amnya, pembinaan UiTM serta program-program yang melibatkan rakyat miskin oleh PYBK pastinya mensasarkan kaum Melayu.  Inilah yang dikatakan tidak menepati prinsip kesamarataan total yang didokong PR.  Pastinya, DAP yang sedia menggenggam leher Khalid Ibrahim memberi tekanan yang hebat kepada beliau agar memastikan segala projek atau program yang mengutamakan sesuatu kaum terutama bumiputera, dihentikan atau ditiadakan terus.

Lebih dari itu, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan korporat dan memerintah dengan berorientasikan keuntungan, Khalid Ibrahim sendiri tidak berminat dengan program-program atau projek ‘ala’ kebajikan yang dilakukan oleh PYBK, sedangkan tanah yang luas itu boleh membawa hasil yang lebih jika dibangunkan pusat komersial atau perumahan mewah.

Apa yang berlaku dalam isu tanah PYBK ini telah menyerlahkan sifat sebenar PR yang bercakap tidak serupa bikin.  Slogan ‘Demi Rakyat’ yang mereka laungkan hanyalah untuk rakyat yang sedia kaya, kaum Cina dan golongan korporat atau peniaga yang berjaya.  Rakyat miskin yang tidak membayar cukai dan tidak membawa pendapatan atau keuntungan kepada negeri tidak perlu diberi perhatian.  Dengan cara ini, barulah PR mampu membuktikan ‘kecekapan’ dalam mentadbir negeri, di mana hasilnya tercatat dalam bentuk angka keuntungan atau pendapatan tahunan.

Dengan itu, inilah diingatkan bahawa jika PR dibiarkan terus memerintah Selangor, tidak mustahil orang miskin dan sederhana iaitu yang majoritinya adalah Melayu, perlu kembali ke kampung atau meneroka hutan sepertimana yang pernah dilaungkan oleh DAP ketika tragedi 13 Mei.