Tuesday, 5 March 2013
Sultan Kiram lupakan sahaja Sabah (ii)
"Dalam soal kedaulatan dan keamanan negara, kita tidak akan membiarkan seinci pun bumi dan wilayah Malaysia dinodai oleh sesiapa pun". Bagitulah petikan ucapan PM Malaysia untuk kamu renung dan fikirkan semasak2nya.
"Operasi Daulat" untuk mengempur orang2 kamu yang menceroboh telah pun dilakukan. Sebagaimana yang telah saya perkatakan semalam di siri yang pertama, kamu akan mendapat balasan yang amat dasyat.
Walaupun tawaran rundingan telah diberikan, tapi kamu sangat angkuh dan sombong ingin mencuba dan mencabar kesabaran kami. Semalam kami telah menunjukan cuma sedikit kekuatan kami bagi menyahut cabaran kamu.
Sekarang dikabarkan kamu nak mwenghantar seramai 10,000 lagi pengikut kamu ke Sabah. Apakah kamu tidak serik dan ingin melihat mayat yang tidak berdosa terapung2 dilautan Sulu. Di lautan juga kami sudah bersedia. Sudah2lah kedatangan kamu tidak diundang. Masyarakat Suluk yang menjadi rakyat negara ini juga tidak menyokong kamu.
Perbuatan kamu yang ganas dan kejam dengan memengal dan membelah dada anggota keselamatan kami tidak dapat dimaafkan. Kami akan buru kamu sehingga ke lubang cacing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment