Thursday 13 June 2013

TEORI RAHMAN REVISITED - Petanda Dari Kod Rahsia Surah Ar-Rahman (Siri 2 & Terakhir).

Siri penamat ini akan membentangkan sedikit fakta dari kitab-kitab lama dimana dari sudut analisa penulis, ada khaitannya dengan teori RAHMAN revisited beserta dengan kejadian yang mungkin berlaku pada 2014. Bukan niat penulis untuk meramal akan tetapi haruslah kita fahami didalam Islam terdapat ilmu numerologi yang saling berkait dengan ilmu falak. Jadi, segala yang terkandung didalam artikel hanyalah jangkaan semata-mata.

Untuk pengetahuan umum, ilmu falak ini juga disebut sebagai ilmu hisab yang menggunakan perhitungan didalam mempelajari batas-batas waktu. Sebagai contoh, didalam penetapan hari merdeka, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, Ulama Besar dari Kepala Batas telah dirujuk untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pengistiharan hari kemerdekaan yang telah ditetapkan31 Ogos 1957 kerana beliau dikenali dengan ilmu falaknya. Tarikh 31 Ogos 1957 itu dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, sekiranya ada yang berpendapat ini hanyalah cerita omong kosong, maka mereka berhak berpendapat sedemikian kerana tiada sesiapa pun sebenarnya yang memahami secara mendalam akan khaitan teori RAHMAN ini dengan pemimpin negara yang 6. Oleh kerana itulah penulis memulakan dengan perkataan ‘teori’ kerana teori tidak semestinya betul. Akan tetapi, oleh kerana sudah terlalu ramai yang bercakap tentang teori ini dari dahulu kala sehingga kini, maka tidak salah juga pengkajian yang mendalam dilakukan oleh kita. Walhal, bumi alam Melayu ini terkandung banyak rahsia yang perlu diberi kajian agar kita dapat memanfaatkan diri kita dari hasil kajian tersebut untuk hari yang mendatang.

Baiklah, berbalik kepada topik asal artikel ini, terlebih dahulu marilah kita melihat apakah yang telah dikata didalam sebuah kitab jawa kuno yang dikenali sebagai Kitab Jaya Baya/Joto Boyo. Sila rujukhttp://id.wikipedia.org/wiki/Ramalan_Jayabaya untuk ulasan yang lebih mendalam. Mengikut kitab ini, dikatakan seorang pemuda yang digelar Satrio Peningit (juga membawa maksud Pemuda Bani Tamim) akankeluar membawa tapak Islam kepada Ratu Adil (juga membawa maksud Ulil Amri). Mengikut ceritanya, Satrio Peningit itu adalah pahlawan yang tersembunyi dan dilindungi Allah swt kerana disekelilingnya terdapat pelbagai kezaliman dan ketidakadilan. Dan tugasnya adalah untuk menghapuskan segala kezaliman dan ketidakadilan tersebut. Orangnya berani dan lantang tetapi kelihatan tenang dan penuh dengan strategi. Kedatangannya dikatakan berasal dari Nusantara dan merupakan pengulangan kejayaan Majapahit masa dahulu dan kemudiannya dikenali sebagai Mataram setelah diIslamkan pemimpin dan penduduknya.

Maka, ini membawa maksud cahaya Islam akan keluar insyAllah dari Nusantara dan menerangi dunia sepenuhnya suatu hari kelak. Munculnya Satrio Peningit ini adalah pada waktu kekecohan  demi membawa keluarnya umat dari masalah dunia yang didokong oleh pihak zionis yang kini mengawal seluruh ekonomi dan politik dunia. Mengikut kitab ini, Satrio Peningit itu merupakan tokoh adil, karismatik dan bijak untuk melawan segala kejahatan yang bermaharajalela di dunia kini.

Satrio atau juga bermaksud satria merupakan seorang yang hanya mementingkan kebaikan untuk seluruh alam. Buat masa ini, hidupnya tidak boleh menonjol  dan hidupnya bagaikan disembunyikan oleh waktu. Kelak, didalam menjalankan tugasnya, beliau tidak membeza-bezakan sesama insan kerana semuanya adalah makhluk Allah swt. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemuliaan dan kewibawaan kerana mengalirnya darah para raja dari pelbagai warisan yang saling berkait dengan keturunan dari keluarga Nabi Muhammad saw.

Diceritakan juga, beliau dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar di Nusantara yang juga saling berkait dengan Tanah Jawi. Tidak ada yang menyangkal, apa yang akan dikerjakan oleh Satrio Peningit kelak akan membuka hati rakyat dengan memakmurkan rakyat apabila pemerintah negara gagal menyelamatkan negara! Dia juga akhirnya akan memimpin negara, membawanya terkenal keseluruh jagad. Segalanya yang tertera disini merupakan sesuatu yang menanti masa dimana tiada sesiapa pun dapat menjangka tahun keluarnya dengan tepat.

Untuk tatapan pembaca, walaupun cerita ini hanyalah berbentuk ramalan, tetapi banyak yang diceritakan didalam kitab didalam hal-hal yang berkhaitan tantang sosial dan politik telah banyak menjadi kenyataan selama beberapa dekad ini.

Persoalan seterusnya, apakah khaitan kitab Jaya Boyo ini yang banyak berkisar dengan ramalan dari negara Indonesia dengan teori RAHMAN revisited serta khaitannya dengan  kedatangan Satrio Peningit. Mengikut analisa penulis, kedua-dua bab ini saling kait mengait kerana Nusantara ini adalah milik Bani Jawi dimana asalnya merupakan rumpun tanah-tanah Melayu yang tidak dipisah oleh konsep kenegaraan atau ‘nation state’. Konsep ini telah berjaya diperkenalkan oleh pihak Barat yang menjajah di kawasan ini melalui operasi pecah dan belah yang membawa akibat banyak institusi Raja dan Agama dipisahkan dari kehidupan rakyat jelata.  

Maka, persoalan yang seterusnya, apa pula khaitan dengan 2014 melalui kod surah Ar-Rahman yang telah dipecahkan dan dihuraikan dalam siri 1. Sekiranya benar kajian penulis melalui pecahan kod rahsia didalam teori RAHMAN revisited ini, maka kemungkinan besar dunia akan melihat perubahan besar akan berlaku di Nusantara mulai dari tahun 2014.

Apa yang akan berlaku pada tahun 2014 sebenarnya ada saling kait-mengait dengan peristiwa di 2013. Pada tahun 2013, negara menghadapi pilihanraya yang amat mencabar. Ramai yang menganggap inilah keputusan terburuk dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional yang dikemudi kuat oleh UMNO. Dari pendapat penulis, inilah keputusan yang TERBAIK! Kenapa?

Secara kita sedari atau tidak, barisan kepimpinan negara kini telah diketuai dengan majoriti bangsa Melayu Islam melalui penolakan bangsa Cina secara total. Didalam pengamatan penulis, inilah takdir Illahi yang telah tidak dapat dilawan oleh pihak penyokong yang bermajoritikan populariti. Maka, apakah hikmah disebalik keputusan ini? Bagi pendapat penulis, inilah masa emas untuk bumi Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan Islam secara total. Masalahnya, adakah pemerintah negara sanggup melakukan sedemikian?  Oleh kerana 97% peratus undi Cina telah menolak dasar perjuangan Barisan Nasional dan telah diselamatkan oleh undi Melayu serta pribumi di Sabah dan Sarawak.

pada amatan penulis, inilah masa yang sesuai negara menerapkan nilai-nilai Islam secara total didalam pucuk pemerintahan. Sebagai permulaan, sekiranya kerajaan ini hari berani menutup segala kegiatan haram sperti kasino dan nombor ekor, penulis pasti kerajaan akan dapat sokongan yang lebih padu dari semua bangsa Melayu Islam seluruh negara bagi memastikan kemenangan untuk PRU 14. Lihat, nombor 14 disini menandakan sesuatu!

Akan tetapi, berbalik pada realiti ini hari, beranikah kerajaan ini hari melakukan sedemikian? Inilah puncak segala masalah yang akan meletus pada tahun 2014, mengikut kiraan penulis.

Jadi, berbalik pada 2014 seperti yang telah dipecahkan melalui petanda dari kod rahsia surah Ar-Rahman, penulis berpendapat akan berlaku krisis politik terbesar di Malaysia dan disertai pula dengan politik negara Indonesia menjelang Pilihanraya Presiden (PEMILU). Sedikit ulasan tentang keadaan politik di Indonesia, Presiden Susilo Bambang yang telah dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Indonesia 2014, akan menghadapi cabaran yang tertinggi sepertimana yang dihadapi oleh Barisan Nasional pada PRU 13 kerana meluasnya agenda Zionis dikalangan pihak pembangkang. Jadi, di tahun 2014 ini, kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia akan menghadapi polemik politik pada tahap tertinggi yang mungkin akan mengegar pucuk pemerintahan kedua-dua buah negara.

2014 itu – Permulaan TAMATnya teori RAHMAN revisited.

Walaupun Malaysia sudah melepasi PRU 13 nya, teori RAHMAN revisited ini membawa petanda TAMATnya kepada pucuk pemerintahan negara yang dilantik berlandaskan sistem demokrasi. Mengikut teori RAHMAN, penutupnya adalah pada N iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 kini. Maksudnya disini, teori RAHMAN itu telah sampai ke penghujung yang akan bakal digantikan dengan sistem pemerintahan yang akan membawa negara ini ke landasan yang baru. Bagi mereka yang menganggap teori ini akan bersambung, penulis berpendapat tidak sama sekali.

Ini membawa erti sistem politik sekular yang telah di perkenalkan oleh pihak Barat ini akan berkubur di Nusantara merangkumi Malaysia dan Indonesia. Negara ini akan diganti dengan sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam ala sistem khalifah. Mungkin ada yang terkejut lantas terus menyangkal pendapat ini tetapi penulis menjangkakan perkara yang sama juga akan berlaku di Indonesia dihujung pemerintahan SBY pada tahun 2014 kerana pada tahun ini juga Piliharaya Presiden (PEMILU) akan diadakan. Dan sekiranya mengikut cerita kitab Jaya Baya yang telah penulis kupaskan diatas, ini mungkin akan membawa perubahan besar pada Nusantara.

Dalam erti kata lain, bagaikan sirih pulang ke ganggang, kemungkinan Malaysia dan Indonesia bergabung membentuk negara Nusantara seperti asal dan dahulu kala akan menjadi realiti. Ianya akan menjadi kerajaan besar Islam yang berpaksi dari Putrajaya, Malaysia yang menjadi pemangkin keatas segala urusan umat Islam sedunia.

Sekiranya benar Satrio Peningit yang diceritakan didalam kitab Jaya Baya itu akan keluar memimpin Nusantara mengarah kepada pucuk pemerintahan yang adil dan bijaksana, maka tidak mustahil sekiranya berlaku gabungan diantara negeri-negeri di Alam Melayu dibawah bayu Nusantara yang merangkumi Malaysia dan Indonesia ini. Dan dengan pengabungan ini, sistem beraja itu akan kekal dibawah satu Ratu Adil atau kita kenali sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai ulil amri yang menjaga kepentingan umat Islam sejagat.

Akhir kata, nombor 14 ini nombor yang menarik. DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah Agong yang ke- 14 dilantik pada 13 Disember 2011. Perhatikan kembali nombor ini…….Agong 14, haribulan 13, bulan 12, tahun 11………………..14, 13, 12, 11.

AMPUN TUANKU!
Apakah petanda dari semua ini? Terimakasih pada SY diatas catatan 14, 13, 12, 11 ini.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kesilapan itu datangnya dari diri penulis sendiri. Anggaplah catatan ini hanya cerita bersahaja yang mungkin tiada benarnya. Sesungguhnya, hanya Allah swt yang mengetahui segala-galanya.

Sumber: 4s

No comments:

Post a Comment