Sunday 24 March 2013

Saturday 9 March 2013

Di MANAKAH MEREKA,,???

Beberapa hari yang lalu, sehinggalah cerita ini ditulis saya terselak-selak dalam akhbar, internet atau pun youtube kalau-kalau ternampak kelibat pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutama dikalangan parti yang melaungkan Islam turut serta semasa solat jenazah kepada angota-angota keselamatan yang gugur di Lahad Datu dan Semporna.

Yang ironinya semasa kejadian bunoh diri rakan kafir mereka dengan terjun bangunan, para pemimpin pembangkang terutama PAS berpusu-pusu tanpa segan silu memegang lilin sambil terhangguk-hangguk depan jenazah mereka bertefakur meberikan hormatnya. Kehadiran dan perbuatan mereka yang keterlaluan ini dilihat sangat meragukan dan janggal.

Saya mungkin juga anda tertanya-tanya mengapakah double standard sebagini terjadi. Sebagai pemimpin yang berbangga dengan anutan parti yang lebih Islam dari orang lain tidak terpanggil untuk bersama-sama dalam satu jemaah untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir kepada saudara seagama.

Sama-samalah kita bermuasabah, adakah pemimpin bagini yang kita perlukan.......?. Baginikah layanan mereka kepada anggota keselamatan. Soalan begini saya lontarkan kepada pembaca semua!!!!!

Tuesday 5 March 2013




Sultan Kiram lupakan sahaja Sabah (ii)

"Dalam soal kedaulatan dan keamanan negara, kita tidak akan membiarkan seinci pun bumi dan wilayah Malaysia dinodai oleh sesiapa pun". Bagitulah petikan ucapan PM Malaysia untuk kamu renung dan fikirkan semasak2nya.

"Operasi Daulat" untuk mengempur orang2 kamu yang menceroboh telah pun dilakukan. Sebagaimana yang telah saya perkatakan semalam di siri yang pertama, kamu akan mendapat balasan yang amat dasyat.

Walaupun tawaran rundingan telah diberikan, tapi kamu sangat angkuh dan sombong ingin mencuba dan mencabar kesabaran kami. Semalam kami telah menunjukan cuma sedikit kekuatan kami bagi menyahut cabaran kamu.

Sekarang dikabarkan kamu nak mwenghantar seramai 10,000 lagi pengikut kamu ke Sabah. Apakah kamu tidak serik dan ingin melihat mayat yang tidak berdosa terapung2 dilautan Sulu. Di lautan juga kami sudah bersedia. Sudah2lah kedatangan kamu tidak diundang. Masyarakat Suluk yang menjadi rakyat negara ini juga tidak menyokong kamu.

Perbuatan kamu yang ganas dan kejam dengan memengal dan membelah dada anggota keselamatan kami tidak dapat dimaafkan. Kami akan buru kamu sehingga ke lubang cacing.

Monday 4 March 2013

Sultan Kiram lupakan sahaja Sabah

Kamu adalah Raja yang tidak bernegara, Kerajaan kamu telah tidak wujud sejak tahun 1917 lagi, setelah kalah perang dengan Sepanyol. Malahan kerajaan Filipina di mana Negara kamu berlindung sudah tidak mengiktiraf kesultanan Sulu sejak tahun 1937.

Apabila kalah perang dan jajahan kerajaan Sulu sudah ditakluk maka ia tidak dapat dihidupkan kembali. Tuntutan tidak boleh dibuat berdasarkan sejarah. Sabah bukan lagi Borneo Utara, Sabah sudah merdeka di bawah Malaysia. Jika ikut logic Kiram kena juga tuntut bekas jajahannya di Filipina dan Indonesia.

Belajarlah dengan Bangsa Moro, terdiri dari wilayah Mindanao, Palawan dan Sulu (Moroland) sebahagian dari kamu yang berbaik2 dengan Malaysia dan mengambil peluang dengan memohon bantuan dan pertolongan untuk menjadi perunding bagi mewujudkan sebuah jajahan yang berdaulat dengan kerajaan Filipina.

Apakah kamu cemburu dengan Bangsamoro yang sudah mendapat pengiktirafan dari Filipina dan disokong oleh Malaysia yang telah berjanji untuk membantu memajukan jajahan tersebut . Kewajaran pemikiran pemimpin Bangsamoro inilah yang perlu dicontohi oleh kiram, bukan memperjudikan nyawa pengikut kamu. Apatah lagi jika ada janji2 manis pengkhianat songsang yang kamu harapkan. Mereka memang tidak akan dapat mengambil alih pemerintahan kerajaan Malaysia.

Kami tidak rela kamu menginjak2 bumi kami, pembalasan yang lebih dasyat akan kamu terima.

Labun Cikgu Lin: TITAH PERINTAH PADUKA TUANKU DATU MUDARASULAIL KIR...

Labun Cikgu Lin: TITAH PERINTAH PADUKA TUANKU DATU MUDARASULAIL KIR...: TUANKU DATU MUDARASULAIL KIRAM SULTAN SULU SAYA TAK MAHU KOMEN APA-APA. DENGARLAH SENDIRI, HAYATILAH SENDIRI. ...