Tuesday 18 June 2013






Tarikh ini, 75 tahun lalu adalah keramat kerana menatang kelahiran sebuah syarikat orang Melayu diperbadankan di Singapura. Gagasan utama syarikat yang diusahakan oleh sekumpulan anak muda untuk menerbitkan akhbar yang menjadi suara orang Melayu pada zaman penjajah.

"Utusan Melayu
Ketika tanah air menjadi bisu
engkaulah penyambung lidah
bangsaku
orang-orang yang takutkan kata
merdeka
engkau jeritkan selantang suara"

Datuk Usman Awang.

Selain tokoh politik, Utusan Melayu juga melahirkn tokoh dalam kesusasteraan antaranya Sasterawan Negara Usman Awang, Keris Mas dan A. Samad Said. 

Waktu itu tiada jentera parti, Utusan Melayu lah yang menjadi jentera UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu dan menentang Malayan Union. Yang menyampaikan berita supaya orang Melayu pekik "Merdeka" diseluruh kampung dan bandar.

Bangunan baru kini menjadi mercu tanda tentang semangat dan perjuangan bangsa Melayu.

Syabas dan taniah Utusan.

No comments:

Post a Comment