Friday 7 June 2013

INGATLAH HAK TETAP HAK...



TANAH MELAYU TANAH AIR KU.


PRU 13 telah berlalu, tumpuan sekarang adalah untuk berkerja dan melaksanakan semua janji-janji yang telah ditaburkan. Ada juga rungutan mengatakan ada janji-janji yang tak sepatutnya. Terlampau nak menagih undi, mereka terlupa nak jaga hati orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin umno nasib mereka belum selesa lagi. Jawatan mereka dalam parti rupanya adalah ditangan ahli-ahli umno. Tidak lama lagi perhimpunan agung umno akan diadakan. Sebelum mesyuarat untuk pemilihan cawangan dan bahagian akan diadakan. Maka ramailah dari mereka yang berjawatan baik di cawangan, mahu pun di pusat dah terasa senak perut.

Dah ada kedengaran dan cadangan supaya usul untuk selamatkan diri dilakarkan sesama mereka kononnya untuk demi perpaduan dalam parti. Sedangkan sebelum ini telah diwartakan kepada semua ahli satu sistem baru akan diperkenalkan untuk pemilihan parti yang lebih telus. Kononnya lagi untuk mengelakan gejala rasuah dari berlaku.

Apa pun alasannya nak bertanding ke atau tidak perlu langsung dipertandingkan semua jawatan mereka fikirlah sendiri. Yang buat sistem baru pun mereka juga. Untuk apa semua itu jika tidak dilaksanakan.


Kami cuma nak tanya hak-hak kami sebagai orang melayu di negara ini adakah terjamin atau makin terhakis. Di bawah ini aku turunkan hak-hak kami merujuk kepada perjanjian lama seperti berikut:-

1. Tanah untuk Orang Melayu

• Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

2. Jawatan dalam Kerajaan

• Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan biasiswa

• Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi

• Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agak panjang artikal admin, tapi apa yang hak tetap hak. Kita tidak persoalkan hak orang lain, tapi hak kita janganlah diambil atau jangan sesakali difaraidkan kepada orang lain.

Kepada pemimpin yang kita hormati sementara masih ada kuasa yang semakin terhakis perhalusilah pekara-pekara di atas. Jangan leka untuk untuk perut sendiri. Pastikan dengan besungguh-sungguh akan nasib bangsa.

Ingatlah... ingatlah... ingatlah.

No comments:

Post a Comment