Saturday 8 June 2013

Raja, mana nak letak muka,

Hari ini admin nak ajak pembaca semua untuk bersantai, selalunya tulisan admin banyak menyentuh pasal politik semasa dan permasalahan dan kegawatan yang kita hadapi sejak selepas PRU 13. Kita lupakan sejenak. Nak bagi tau semalam teman dan beberapa exco dan admin yang lain telah diundang untuk majlis bersantai bersama dengan PM dikediaman resminya. Gambar pun dah ada teman tengok dia orang post kat sini.

Jadi untuk tajuk bersantai tak beberapa nak santai di atas, jangan terkejut pulak!!.  Cuma teman nak bagi tahu pasukan harimau malaya telah di sekeh kepala mereka sorang-sorang oleh kangarru Australia. Pasukan bola kebangsaan kita dah dimalukan oleh pasukan kelab Australia yang pemainnya yang dipilih-pilih sahaja.

Malu sangat teman bila bila akhbar di sana menyindir dan menulis " Part-timers steal win over international" dan " Trninie wary of letdown after Malaysia". Mereka mempersenda dan memperlekehkan pasukan kita. Apatah lagi mereka bermain dengan sembilan orang sahaja baru boleh kita jaringkan gol.

Pasukan bertaraf kelab Canberra FC menang dengan pasukan kebangsaan kita 3-2. Satu kemenangan yang sukar jurulatihnya lupakan kerana dapat mengalahkan pasukan bertaraf antarabangasa. Betul ke pasukan Malaysia bertaraf antarabangsa...????.

Rajagopal mana kamu nak letak muka?. Orang tak bagi pergi kamu lawan pasukan status kelab. Kalau menang pun tak ada maknanya. Tapi apa yang terjadi?

Lu fikir sendiri la........Raja.


No comments:

Post a Comment