Monday 3 June 2013

SLOGAN 1 MALAYSIA HANYA DI MULUT

“JANGAN ganggu sensitiviti kaum Cina. Kami tak boleh terima apa saja cadangan yang boleh mengganggu budaya orang Cina. Apa yang sudah dilaksana ketika ini sudah dikira cukup baik dan perlu diteruskan. Jika ia diusik, saya tak boleh bayangkan apa yang bakal berlaku nanti.” 

Itu pandangan Pengerusi Pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Ong Chiaw Chuan, apabila diajukan pertanyaan mengenai cadangan banyak pihak supaya beberapa subjek bukan teras diajar dalam Bahasa Melayu di semua sekolah jenis kebangsaan (SJK). 


Apakah Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan telah berjaya dihayati oleh segenap lapisan rakyat?, atau hanya sekadar penyedap mulut atau pun omongan semata-mata..!!!!


Petikan di atas sudah jelas mengambarkan betapa sombong dan angkuhnya pentadbir pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong ) memberikan pandangan. Tanpa sedikit pun rasa segan dan silu menyelitkan provokasi berbentuk ugutan kepada kerajaan. Bolehkah pembentukan bangsa 1 Malaysia dapat digarap dengan harmoni jika ada individu yang berfikiran sempit dan rasis menerajui sesebuah pertubuhan seperti Jiao Zong.

Sekolah dan pendidikan ada lah satu medium yang boleh mebentuk dan menyatukan bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Sekiranya semua kanak-kanak telah didik belajar dan bergaul dari sekolah tadika, tidak mustahil perpaduan dan semangat 1 Malaysia dapat di jayakan tanpa laungan yang penuh dengan kepura-puraan.


Pemimpin Pertubuhan Guru-guru Cina dan seluruh masyarakat Cina harus ingat bahawa British membenarkan orang Cina dan India membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing bertujuan supaya mereka dapat belajar mengenai negara mereka sendiri. Ini bermaksud pada waktu itu kebanyakan pendatang tidak mempunyai niat pun untuk menetap di negara ini. Mereka juga bukan warga negara Tanah Melayu pada waktu itu.

Setelah kaum pendatang Cina dan India telah bersetuju untuk tinggal dan menukar kerakyataan mereka kepada negara ini sepatutnya kebenaran yang diberikan oleh kerajaan British itu juga turut terbatal. Kerajaan sepatutnya tidak lagi meneruskan sistem tersebut kerana mereka sudah menjadi warga negara..

Pada logiknya dapatkah slogan 1 Malaysia dapat dicapai, sekiranya rakyat negara ini telah diajar untuk berpuak-puak sejak mereka kecil. Bolehkah mereka semua dapat bergaul dan bersatu hati dalam semua tindakan, sedangkan dijiwa mereka telah ditanam perasaan curiga diantara kaum. Perasaan curiga ini telah ditanam benihnya sejak dari awal lagi dan telah sebati dalam jiwa mereka. Hasilnya telah mula kita nampak sekarang.

Siapakah kaum yang paling rasis sekarang...???.







A

No comments:

Post a Comment