Monday 8 July 2013

UMNO Benteng Hadapan Negara


Sekali lagi anak jantan Pak Yassin seorang tokoh agama di Muar bersuara. Jika dahulu bila di tanya yang mana satu Malaysia atau Melayu, tanpa teragak-agak Melayulah menjadi pilihann utamanya. Bergegar sekejap bumi Melayu ini, dikala ramai yang melaungkan 1 Malaysia tiba-tiba suara anak jantan ini yang juga pemimpin numbor dua sebuah parti politik terbesar negara ini mengatakan Melayulah yang menjadi keutamaannya. Secara tersiratnya Melayulah yang dominan di negara ini.

Di awal bulan Ramadhan yang mulia ini, sekali lagi anak jantan Pak Yassin iaitu Tan Sri Muhiyiddin di Pagoh Kampung lamannya sendiri dengan lantang memberi ingatan " Kalau ada suara-suara mahu tukar sistem negara ini menjadi sebuah republik, yang pertama akan bangkit menentang ialah seluruh tenaga orang Melayu dalamn UMNO, apa lagi hak orang Melayu" katanya,

Penulis menyokong penuh ingatan keras Tan Sri Muhyiddin, dikala ramai pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno dibelenggu sindrum bisu, dikala banyak kepentingan melayu mula dirobek, dikala rakyat yang asal pendatang mula menunjukan sikap kurang ajar, masih ada lagi suara jantan Melayu yang beranikan amaran dan ingatan.

Ayuh Tan Sri mulakan langkah, pendekar melayu pantang berundur. Lakarkan sekali lagi sejarah di tanah bertuah ini. Jika kepimpinan sekarang tidak berdaya gantikan tampuk kepimpinan, kita bentuk dan perkasakan jemaah baru. Tan Sri dah buktikan dulu bila maruah negarawan Melayu dihina, diinjak Tan Sri muncul menjadi pendesak.

Ingatlah pesan Seniman Negara kita, Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu. Masih tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin dengan kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan. Watak Melayu menolak permusuhan, setia dan sabar tiada sempadan. Tapi jika marah tak nampak telinga, musuh dicari kelubang cacing. Tak dapat tanduk, telinga dijinjing. Maruah dan agama dihina jangan. Hebat amuknya tak kenal lawan.

Ayuh Tan Sri., Jika ini kalilah, ucapkan ingatan ini di mana-mana. Rakyat mahukan pemimpin yang berani bersuara untuk disandarkan harapan. Perkemaskan jemaah dan barisan, rakyat mahu kepimpinan baru. InnSya Allah.





No comments:

Post a Comment