Tuesday 30 July 2013

PANASSS : The New Village Vs Tanda Putra


Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan. 

 Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’. 

Filem Tanda Putra yang mengkisahkan kejadian dan peristiwa benar sebelum dan selepas rusuhan kaum pada May 13 1969 yang digarap oleh pengarah Suhaimi Baba telah ditangguh penanyanganya di Pawagam kerana desakan dari kaum Cina. Hasil dari bantahan tersebut kerajaan telah ditahan penanyangannya. Mereka menganggap penayangan filam tersebut akan menyinggung perasaan mereka, malah meminta beberapa babak yang benar-benar berlaku dipadamkan. 

Ironinya dengan tiba-tiba kita dikejutkan dengan kelulusan tayangan sebuah filem berjudul "The New Village". Jika filem Tanda Putra dikisahkan peristiwa pahit berdasarkan fakta dan sejarah yang pernah menimpa negara ini dibantah. Sebaliknya filem The New Village yang digarap dari kacamata dan perjuangan komunis dinegara ini yang dianggap sebagai WIRA bagitu mudah mendapat kelulusan untuk tayangan. Kerja gila siapakah ini..? Apakah peranan FINAS dan LEMBAGA PENAPIS FILEM !!! Apakah mereka peka dan bertanggung jawab dengan meluluskan tayangan tersebut. Ataupun ada tangan dan kuasa ghaib yang mengarahkan.?

Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira.  Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya. 

No comments:

Post a Comment