Friday 19 July 2013

Pulau Pinang - 3 Doktor Cina Enggan Rawat Pesakit Melayu.


Persidangan Parlimen pada 15hb July, yang lalu Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengajukan soalan bertulis kepada Menteri Kesihatan mahukan siasatan dibuat keatas keenggan 3 doktor Cina di dua hospital kerajaan di Pulau Pinang merawat pesakit Melayu.

Lim Guan Eng yang juga pemimpin parti DAP seolah-olah mahu menunjukan kepada orang-orang Melayu betapa pekanya beliau terhadap masalah tersebut dan seolah-olah sikap perkauman yang ditunjukan oleh doktor Cina tersebut sangat keji. Apakah selama ini kita tidak tahu parti DAP sangat mengalakan dan menanam perasaan benci mereka kepada orang Melayu.

Gegala kurang ajar dan biadap gulungan bukan Melayu semakin menjadi-jadi, mutakhir ini beberapa isu-isu sensitif yang menyinggung perasaan bangsa Melayu dan agama Islam, termasuk institusi Raja-Raja Melayu telah diperlekehkan dengan biadapnya. Apakah Lim Guan Eng dan pemimpin DAP tidak cuba untuk menghalangnya atau menasihatkan kepada kaum mereka. Apakah perbuatan ini memang digalakan oleh mereka...??.

Keharmonian dalam negara seolah-olah dilihat tidak tenteram dengan pelbagai isu-isu rasis dimainkan secara sengaja. DAP juga dilihat mengambil kesempatan kerana tidak ada lagi akta ISA dan Ordinan Undang-Undang Darurat yang telah dimansuhkan untuk untuk menghalang mereka untuk membuat provokasi melampau. Mungkin jugakah disebabkan perpaduan dikalangan orang Melayu semakin terhakis dan paling buruk sekarang ini kepimpinan Najib sendiri dilihat terlalu  lemah kerana menurut sahaja kehendak dan tuntutan mereka.

Bangunlah bangsa ku!!!!. Bangkitlah pemimpin-pemimpin ku!!!. Dengan kuasa yang ada padamkanlah salakan suara-suara biadap itu. Belajarlah dari sejarah dulu jangan kita menang sorak kampung tergadai. Ayam terlepas tangan dipenuhi tahi. Biar berputih tulang, tapi jangan kita berputih mata.

No comments:

Post a Comment