Sunday 21 July 2013

Panas!!! - Wake Up Call Buat PERKEMBAR!.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang memberontak melawan kerajaan. Ibrahim merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hindu (Hindraf) dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dengan memenuhi kehendak mereka.

Presiden Perkasa itu juga turut menyatakan “ Perkasa ambil keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong kerajaan sangat sebelum ini “ Kenyataan ini diluahkan oleh Ibrahim Ali selepas pertemuan Kepimpinan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pilihanraya ke 13 yang lalu UMNO memenangi  88 kerusi Parlimen menunjukan masih mendapat sokongan majority dari orang-orang Melayu berbanding dengan Pas yang mendapat 21 kerusi.

Harus diingat kemenangan ini bukan kekuatan sebenar UMNO, tetapi sokongan itu diberikan kerana rasa ketakutan dan bimbang memandangkan Anwar Ibrahim telah menjanjikan Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada Lim Kit Siang. Oleh itu orang Melayu  tiada pilihan melainkan UMNO.

Bayangkan sebelum ini Perkasa telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan untuk bertindak untuk memikirkan semula hubungan UMNO berikutan kerajaan meminggirkan mereka dan beberapa kepentingan orang Melayu. Apakah akan terjadi pada pilihanraya ke 14 yang tak sampai lima tahun lagi dari sekarang. Apakah kesinambungan kepimpinan Melayu melalui UMNO masih dapat dikekal.

Masihkah kepimpinan UMNO sekarang masih leka dan seronok dengan kemenangan lalu, berapa banyak lagikah akta-akta yang akan dimansuhkan?.

Berapa banyakkah perjanjian yang mungkin memberi kesan dan menekan kepada kepentingan dalam perniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi kepada bangsa Melayu/Bumiputra akan ditandatangni??.

Tun telah mengingatkan buatlah perancangan dengan betul an strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik orang Melayu. Ingatan ini harus disambut baik oleh kepimpinan UMNO dan Perkasa.


Ketahuilah diisaat ini juga pertubuhan NGO dan pertubuhan politik orang Cina sedang memikirkan bagaimana untuk mereka bergabung. Matalamat mereka tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan kuasa politik secara sah dan seterusnya mengambil alih kepimpinan Negara. 

No comments:

Post a Comment