Wednesday, 31 July 2013
The Chulan: Damai Lah Kau Disana Altantuya – Berakhirnya Sebua...
The Chulan: Damai Lah Kau Disana Altantuya – Berakhirnya Sebua...: Dengan pengakuan Jasbir Singh yang sekian lama mendiamkan diri berkenaan kisah kapal selam dan model Mongolia Altantuya maka past...
Tuesday, 30 July 2013
PANASSS : The New Village Vs Tanda Putra
Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari
anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan
bapa atau datuk mereka sebagai wira.
Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk
mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada
negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang
kemerdekaan.
Minda mereka telah
terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu. Mereka percaya bahawa sejarah telah
direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan
sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina. Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan
mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’.
Filem Tanda Putra yang mengkisahkan kejadian dan peristiwa benar sebelum dan selepas rusuhan kaum pada May 13 1969 yang digarap oleh pengarah Suhaimi Baba telah ditangguh penanyanganya di Pawagam kerana desakan dari kaum Cina. Hasil dari bantahan tersebut kerajaan telah ditahan penanyangannya. Mereka menganggap penayangan filam tersebut akan menyinggung perasaan mereka, malah meminta beberapa babak yang benar-benar berlaku dipadamkan.
Ironinya dengan tiba-tiba kita dikejutkan dengan kelulusan tayangan sebuah filem berjudul "The New Village". Jika filem Tanda Putra dikisahkan peristiwa pahit berdasarkan fakta dan sejarah yang pernah menimpa negara ini dibantah. Sebaliknya filem The New Village yang digarap dari kacamata dan perjuangan komunis dinegara ini yang dianggap sebagai WIRA bagitu mudah mendapat kelulusan untuk tayangan. Kerja gila siapakah ini..? Apakah peranan FINAS dan LEMBAGA PENAPIS FILEM !!! Apakah mereka peka dan bertanggung jawab dengan meluluskan tayangan tersebut. Ataupun ada tangan dan kuasa ghaib yang mengarahkan.?
Generasi
baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka. Komunis bukan wira. Komunis menentang British bukan untuk
memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya. Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya
selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.
14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak
mungkin akan melupakannya.
Monday, 29 July 2013
tun faisal dot com: Kaitan Surat Terbuka Dr Mahathir kepada Tunku deng...
tun faisal dot com: Kaitan Surat Terbuka Dr Mahathir kepada Tunku deng...: “Those who fail to learn the lessons of history are doomed to repeat them.” ― George Santayana Di bawah adalah tajuk-tajuk artik...
Sunday, 21 July 2013
Panas!!! - Wake Up Call Buat PERKEMBAR!.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyelar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada
kumpulan-kumpulan yang memberontak melawan kerajaan. Ibrahim merujuk kepada
tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hindu (Hindraf) dan kumpulan
pendidikan Cina, Dong Zong dengan memenuhi kehendak mereka.
Presiden Perkasa itu juga turut menyatakan “ Perkasa ambil
keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong
kerajaan sangat sebelum ini “ Kenyataan ini diluahkan oleh Ibrahim Ali selepas
pertemuan Kepimpinan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pilihanraya ke 13 yang lalu UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen menunjukan masih mendapat
sokongan majority dari orang-orang Melayu berbanding dengan Pas yang mendapat 21
kerusi.
Harus diingat kemenangan ini bukan kekuatan sebenar UMNO, tetapi
sokongan itu diberikan kerana rasa ketakutan dan bimbang memandangkan Anwar
Ibrahim telah menjanjikan Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri kepada Lim Kit Siang. Oleh itu orang Melayu tiada pilihan melainkan UMNO.
Bayangkan sebelum ini Perkasa telah memberikan sokongan padu
kepada kerajaan untuk bertindak untuk memikirkan semula hubungan UMNO berikutan
kerajaan meminggirkan mereka dan beberapa kepentingan orang Melayu. Apakah akan
terjadi pada pilihanraya ke 14 yang tak sampai lima tahun lagi dari sekarang.
Apakah kesinambungan kepimpinan Melayu melalui UMNO masih dapat dikekal.
Masihkah kepimpinan UMNO sekarang masih leka dan seronok
dengan kemenangan lalu, berapa banyak lagikah akta-akta yang akan dimansuhkan?.
Berapa banyakkah perjanjian yang mungkin memberi kesan dan
menekan kepada kepentingan dalam perniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi
kepada bangsa Melayu/Bumiputra akan ditandatangni??.
Tun telah mengingatkan buatlah perancangan dengan betul an
strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik orang Melayu. Ingatan
ini harus disambut baik oleh kepimpinan UMNO dan Perkasa.
Ketahuilah diisaat ini
juga pertubuhan NGO dan pertubuhan politik orang Cina sedang memikirkan bagaimana
untuk mereka bergabung. Matalamat mereka tidak lain tidak bukan untuk
mendapatkan kuasa politik secara sah dan seterusnya mengambil alih kepimpinan Negara.
Friday, 19 July 2013
Pulau Pinang - 3 Doktor Cina Enggan Rawat Pesakit Melayu.
Lim Guan Eng yang juga pemimpin parti DAP seolah-olah mahu menunjukan kepada orang-orang Melayu betapa pekanya beliau terhadap masalah tersebut dan seolah-olah sikap perkauman yang ditunjukan oleh doktor Cina tersebut sangat keji. Apakah selama ini kita tidak tahu parti DAP sangat mengalakan dan menanam perasaan benci mereka kepada orang Melayu.
Gegala kurang ajar dan biadap gulungan bukan Melayu semakin menjadi-jadi, mutakhir ini beberapa isu-isu sensitif yang menyinggung perasaan bangsa Melayu dan agama Islam, termasuk institusi Raja-Raja Melayu telah diperlekehkan dengan biadapnya. Apakah Lim Guan Eng dan pemimpin DAP tidak cuba untuk menghalangnya atau menasihatkan kepada kaum mereka. Apakah perbuatan ini memang digalakan oleh mereka...??.
Keharmonian dalam negara seolah-olah dilihat tidak tenteram dengan pelbagai isu-isu rasis dimainkan secara sengaja. DAP juga dilihat mengambil kesempatan kerana tidak ada lagi akta ISA dan Ordinan Undang-Undang Darurat yang telah dimansuhkan untuk untuk menghalang mereka untuk membuat provokasi melampau. Mungkin jugakah disebabkan perpaduan dikalangan orang Melayu semakin terhakis dan paling buruk sekarang ini kepimpinan Najib sendiri dilihat terlalu lemah kerana menurut sahaja kehendak dan tuntutan mereka.
Bangunlah bangsa ku!!!!. Bangkitlah pemimpin-pemimpin ku!!!. Dengan kuasa yang ada padamkanlah salakan suara-suara biadap itu. Belajarlah dari sejarah dulu jangan kita menang sorak kampung tergadai. Ayam terlepas tangan dipenuhi tahi. Biar berputih tulang, tapi jangan kita berputih mata.
Monday, 8 July 2013
UMNO Benteng Hadapan Negara
Sekali lagi anak jantan Pak Yassin seorang tokoh agama di Muar bersuara. Jika dahulu bila di tanya yang mana satu Malaysia atau Melayu, tanpa teragak-agak Melayulah menjadi pilihann utamanya. Bergegar sekejap bumi Melayu ini, dikala ramai yang melaungkan 1 Malaysia tiba-tiba suara anak jantan ini yang juga pemimpin numbor dua sebuah parti politik terbesar negara ini mengatakan Melayulah yang menjadi keutamaannya. Secara tersiratnya Melayulah yang dominan di negara ini.
Di awal bulan Ramadhan yang mulia ini, sekali lagi anak jantan Pak Yassin iaitu Tan Sri Muhiyiddin di Pagoh Kampung lamannya sendiri dengan lantang memberi ingatan " Kalau ada suara-suara mahu tukar sistem negara ini menjadi sebuah republik, yang pertama akan bangkit menentang ialah seluruh tenaga orang Melayu dalamn UMNO, apa lagi hak orang Melayu" katanya,
Penulis menyokong penuh ingatan keras Tan Sri Muhyiddin, dikala ramai pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno dibelenggu sindrum bisu, dikala banyak kepentingan melayu mula dirobek, dikala rakyat yang asal pendatang mula menunjukan sikap kurang ajar, masih ada lagi suara jantan Melayu yang beranikan amaran dan ingatan.
Ayuh Tan Sri mulakan langkah, pendekar melayu pantang berundur. Lakarkan sekali lagi sejarah di tanah bertuah ini. Jika kepimpinan sekarang tidak berdaya gantikan tampuk kepimpinan, kita bentuk dan perkasakan jemaah baru. Tan Sri dah buktikan dulu bila maruah negarawan Melayu dihina, diinjak Tan Sri muncul menjadi pendesak.
Ingatlah pesan Seniman Negara kita, Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu. Masih tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin dengan kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan. Watak Melayu menolak permusuhan, setia dan sabar tiada sempadan. Tapi jika marah tak nampak telinga, musuh dicari kelubang cacing. Tak dapat tanduk, telinga dijinjing. Maruah dan agama dihina jangan. Hebat amuknya tak kenal lawan.
Ayuh Tan Sri., Jika ini kalilah, ucapkan ingatan ini di mana-mana. Rakyat mahukan pemimpin yang berani bersuara untuk disandarkan harapan. Perkemaskan jemaah dan barisan, rakyat mahu kepimpinan baru. InnSya Allah.
Wednesday, 3 July 2013
House PK: PANAS BERAPI! SI KITOL KHAIRY MEMBATALKAN PROGRAM ...
House PK: PANAS BERAPI! SI KITOL KHAIRY MEMBATALKAN PROGRAM ...: Tiga bulan lepas semasa Shabery Chik masih lagi menjadi Menteri KBS telah ditetapkan satu program Tun M bersama anak muda. Program tersebu...
Subscribe to:
Posts (Atom)