Wednesday 22 May 2013

WHAT AGENDA THEY HAVE IN COMMON


Setelah lama menghilang tiba2 dia muncul kembali, kemunculanya kali ini seolah2 mengamit semula memori lampau yang masih menjadi kontroversi. Kali ini dan seperti dulu juga dengan angkuh dan sombong tutur katanya mengeluarkan kenyataan untuk menghangatkan lagi isu  Utusan Malaysia dan CEO airasia X. 

Siapa yang tidak kenal dengan beliau Kalimulah Hassan yang pernah menjadi sahabat baik kepada Pak Lah, yang juga bersahabat baik dengan Dato Patrik Lim@Patrik Badawi dan juga hubungan erat dengan anak serta menantu kesayangan Pak Lah.

Hubungan baik yang terjalin,telah menjadikan dia menikmati kehidupan yang mewah hasil dari syarikat perniagaan yang ditubuhkan. Kalimullah juga dikurniakan pelbagai projek yang diberikan secara runding terus, yang mungkin tidak dapat oleh syarikat2 lain.

Sebagai imbalan dia yang dikenali sebagai 'MR SPIN' telah diberikan kuasa menerajui media arus perdana seperti Media Prima Berhad dan NST Group. Dia juga dikatakan terlibat dengan menubuhkan portal berita 'The Malaysian Insider', tugas utamanya adalah untuk merancang dan memutarbelitkan kenyataan media bagi memastikan mereka yang dianggap boleh 'membahayakan' karier politik Pak Lah diserang dengan secukup2nya.

The Malaysian Insider diwujudkan seolah hanya fokas untuk menyerang personaliti Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib yang waktu itu menjadi timbalan Pak Lah. Media arus perdana ini digunakan sepenuhnya untuk melanyak siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemerintahan Pak Lah dan punahsihatnya di tingkat 4 pejabat PM.


Mungkin semua pembaca maklum mengapa Tun Dr Mahathir diserang, tetapi perlu huraian secara halus mengapa Dato Seri Najib juga turut diserang dan diperlekehkan di mata umum dan masayarakat..??.

Persoalannya adakah kemunculannya kali ini sebagai tanda awal untuk merealisasikan cita2 asal kumpulan mereka dulu yang mungkin terganggu dan terbantut dan ini kalilah untuk diteruskan agenda mereka kerana peluang yang ada mungkin sudah terbuka semula. Hubaya2.....

Bersambung.... banyak lagi cerita menarik.

No comments:

Post a Comment