Monday 20 May 2013

Now Everyone Can Cry



Dengan bongkaknya CEO airasia x mengatakan " tidak ada lagi pemberian iklan kepada akhbar Utusan Melayu". Akhbar lidah resmi orang2 Melayu ini diibaratkan sampah yang menjijikan.

Sebenarnya apalah erti iklan yang tak seberapa nilainya kepada Utusan Melayu, iklan tersebut tak lebih tak kurang hanya ibarat jajan kepada budak2 untuk menutup mulut sahaja.

Respon dari orang kuat Utusan, nilai iklan airasia hanya sekadar iklan jamu kuat yang terdapat diakhbar2 picisan. Bayangkanlah ada pun tak menambah, tak ada pun tak mengurangkan.

Molek sangat jika Utusan terus tutup pintu untuk airasia. Ini akan memudahkan untuk rakyat menyalurkan segala kelemahan dan ketidakpuasan hati penguna kepada media. Admin percaya akhbar2 lain yang telah dipugal dengan iklan tak akan berani untuk bersuara untuk rakyat kerana telah diikat mulut dan tangan.




No comments:

Post a Comment