Monday 27 May 2013

SINGKIRKAN JIKA LEMAH....

Kawasan majority Cina sukar untuk ditawan dan BN tidak sepatutnya membuang masa serta wang di kawasan berkenaan tetapi perlu member tumpuan di kawasan yang mereka kalah dengan majority tipis pada 2008. BN juga sepatutnya perkukuhkan penguasaan di kerusi mereka menangi pada PRU-12
Terlalu banyak masa dan wang disia-siakan di kawasan Bandar yang keputusannya sudah boleh dijangka. BN sepatutnya member tumpuan kepada isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar infilasi, kemiskinan Bandar dan graduan muda”.
DAIM   [ CHINA PRESS ].

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.


Petikan di atas admin ambil dari akhbar  China Press yang telah membuat temubual dengan Tun Daim ekoran dari prestasi yang dicapai oleh BN semasa Pilihan Raya Ke 13 yang lalu. Mahu atau tidak kenyataan pedas dari Tun Daim ini harus diambil iktibar dan perhatian yang serius oleh Najib dan saf kepimpinannya.

Walaupun pahit untuk ditelan, dan demi perjuangan parti singkirkanlah penasihat-penasihat yang masih berada disekelilingnya. Untuk kejayaan di masa depan kita mahu orang-orang yang berwawasan dan ikhlas dalam perjuangan. Lebih penting lagi semangat jati diri dan jiwa melayunya masih kental.
Walaupun Kerajaan telah banyak menabur dan memenuhi tuntutan dari masyarakat cina tetapi dalam PRU ke 13 yang lalu pengundi-pengundi Cina tanpa segan dan silu telah memberikan sokongan mereka kepada pembangkang, khususnya kepada parti  DAP.

Benarlah kata Tun Daim terlalu banyak wang dan masa telah disia-siakan. Berdasarkan beberapa pilihan raya kecil sebelumnya yang memihak kepada pembangkang admin pun pernah meramalkan kecendrungan sikap pengundi cina ini. Ramai kawan - kawan yang yakin undi cina akan kembali. Akhirnya kita tertipu juga.

No comments:

Post a Comment