Saturday 25 May 2013

CINA SOKONG ADAM ADLI



“Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.
Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang ( kanan ), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak. Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?
Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.”
ANDREW ONG - Malaysiakini .

Semasa  melayari beberapa buah web terutama di web yang lebih condong kepada pembangkang, saya terbaca seperti petikan di atas. Walaupun artikal ini agak panjang tapi petikan yang dipaparkan merupakan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

Benarkah seperti yang dinyatakan orang cina mengagung2kan  pemimpin Melayu pembangkang yang seperti di atas kerana pencapaian prestasi mereka. Apakah yang telah mereka sumbangkan kepada orang cina di negara ini?. Sekurang2nya penulis berikanlah contoh untuk ,meyokong dakwaan tersebut. Mengapa orang2 cina tidak menyokong kepada pemimpin2 Melayu/BN yang telah terbukti banyak menyalurkan bantuan kepada mereka.

Yang lebih pelik lagi dakwaan penulis orang2 cina tidak berkehendakan pemimpin mereka untuk menjadi  Perdana Menteri. Ironinya dimasa yang sama mereka melakukan tsunami politik perkauman pada PRU yang lalu. Apakah terlalu susah untuk memahami matalamat mereka hanyalah untuk memegang tampuk kuasa dan pemerentahan negara ini.

Adakah ikhlas sokongan orang2 cina terhadap Adam Adli?, atau hanya untuk mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh untuk mendapat keuntungan dari kemelut yang dicetuskan oleh Adam. Apa yang diperjuangkan oleh Adam adalah untuk mengajak semua orang berarak di jalanan untuk merampas kuasa. Bukankah ini yang mereka mahukan. Inikah yang dimaksudkan berbuat baik tetapi ada makna yang tersirat.

Di manakah sikap tanggung jawab masyarakat cina (tidak semua) terhadap negara ini. Apakah mereka ingin melihat negara ini menjadi huru- hara kerana mengejar kuasa. Adakah mereka tidak terfikir akan ada bangsa lain pula yang akan membuat tindakan yang sama dan akhirnya akan mengundang pertelingkahan yang lebih parah.

Kepada pihak berwajib dan penguat kuasa bertindaklah segera sebelum negara yang aman dan makmur ini hilang segala2nya.


No comments:

Post a Comment