Monday 24 September 2012


Turun Naik Saham FGV – Realiti, Spekulasi & Fantasi

September 24, 2012   ·   0 Comments
FGVH2-565x436[1]
PAS melalui NGO proksinya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ternyata tidak pernah duduk diam dalam menggerakkan propaganda jahat dalam usahanya untuk meracuni pemikiran golongan peneroka di tanah rancangan FELDA.
Mereka masih bertungkus lumus untuk menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan FELDA Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dengan menyebarkan khabar palsu dan mengelirukan fakta dengan harapan untuk membangkitkan kemarahan ramai.
Dalam tempoh sebulan ini sekurang-kurangnya dua isu telah digembar gemburkan oleh ANAK dan sekutu mereka melalui media maya dan akhbar milik mereka;-
1) Spekulasi turun naik harga saham FGVH
2) Polemik  unsur judi dalam FGVH
Berkaitan prestasi turun naik harga saham FGVH di BSKL, sepanjang bulan September ini pembangkang melalui beberapa portal dan media maya mereka cukup seronok membicarakan penurunan harga saham FGVH di BSKL.
Mereka seperti meraikan penurunan tersebut apatah lagi apabila harga saham tertinggi yang dicatatkan FGVH pada harga RM5.46 tidak bertahan lama setelah kemudiannya mengalami penurunan harga kepada RM4.57 untuk seunit saham.
Dengan memperbesarkan kejatuhan harga saham itu, pembangkang merasakan peluang untuk mereka membuktikan kepada umum bahawa langkah penyenaraian FGVH di BSKL adalah satu langkah yang silap dilihat sebagai benar.
Walhal hakikatnya, turun dan naik harga saham FGVH berkait rapat juga dengan aktiviti jual beli. Dalam kes ini, saham FGVH telah beberapa kali mengalami penurunan selepas KWSP & PNB menjual sedikit demi sedikit secara berperingkat pegangan saham FGVH untuk mendapatkan keuntungan.
Setelah harganya turun pada tangga tertentu,  KWSP & PNB kembali membeli saham-saham FGVH untuk jangka masa tertentu. Itulah resam urusniaga dalam pasaran saham. Beli semasa harga rendah dan jual bila harga tinggi.https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/551000_438581379485686_100000014842517_1706648_1779103005_n.jpg
Kedah yang diperintah oleh PAS pun ada anak syarikatnya telah membeli unit saham FGVH, malah dikalangan pemimpin pembangkang pun ada yang secara senyap-senyap memiliki saham FGVH termasuklah sudah beberapa kali melakukan transaksi jual beli saham, itu menjelaskan lagi besarnya potensi FGVH yang diyakini ramai.
Ketika artikel ini hampir siap ditulis, harga terkini saham FGVH ialah RM4.83 untuk seunit. Peningkatan 0.26 sen berbanding harga terendahnya berikutan langkah KWSP & PNB membeli semula saham-saham di pasaran secara berperingkat ketika harganya rendah.
Sementara itu keuntungan yang diperolehi oleh KWSB & PNB hasil penjualan saham pula dapat dinikmati oleh ahli-ahli mereka termasuklah anda yang mencarum dengan KWSP dan mereka yang melabur dengan unit saham milik PNB.
Manakala di pihak FGVH pula keuntungan dari urus niaga saham-saham tersebut dikongsi sama dengan para peneroka di seluruh negara. Tiada tanah tergadai, tiada bantuan diabaikan sebaliknya nikmat keuntungan dan kesejahteraan dinikmati semua. Win-win situation.http://www.desaku.com.my/codenavia/portals/telecentre/code/objects/resizeimage/image.php?image=/codenavia/portals/telecentre/images/telecentre/news/13435304821931.jpg&cropratio=1.33:1&width=300&height=226&width=300&height=226
Untuk makluman, pada akhir Ogos lalu seramai 112,635 peneroka FELDA telah menerima pemberian dividen interim sebanyak RM400 hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGVH. Dua bulan sebelum itu, setiap keluarga peneroka FELDA turut menerima durian runtuh wang tunai RM15,000 yang dilakukan dalam tiga fasa.
Manakala itu, bermula 1 September lepas pula pihak Felda telah mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGVH dan hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan kepada FELDA.
Bukankah semua nikmat ini hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tentunya tak terjangkau dek akal sejemput milik para pemimpin dan penyokong pembangkang.
Rata-rata penyokong pembangkang di FELDA hanya tahu komplen 24 jam tapi bila ada hasil dari penyenaraian saham FGVH, suku sakat merekalah antara yang paling ke depan menebalkan muka untuk menikmatinya. Bila kena boo oleh rakan-rakan sendiri, tahu pula marah.
Penulis yakin pakatan pembangkang khususnya PAS dan NGO proksinya, ANAK akan terus melakukan spekulasi dan propaganda murahan untuk mencipta fantasi dan halusinasi palsu di minda rakyat terutama para peneroka.
Namun selagi KWSP dan PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar, harga saham tidak akan jatuh merudum sebagaimana dipropagandakan oleh pembangkang.
Realitinya, di antara FGVH yang sudah terbukti berada dilandasan yang betul dan menguntungkan pelaburnya termasuklah memberi limpahan manfaat untuk 112,635 peneroka FELDA tentulah amat tidak kena sama sekali untuk menerima pakai pula pandangan tahyul dari PAS yang koperasi miliknya KOHILAL telah mengalami kerugian lebihkurang RM45 juta membabitkan wang milik 89,000 ahlinya di seluruh negara. Tak gitu?

MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment