Thursday 6 September 2012


Polemik usia 50 tahun-sia-sia kalau bacul di Dewan Rakyat


Nur Jazlan cadangkan usia 50 tahun ke bawah.
KITA setuju dengan kenyataan MP Pulai Nur Jazlan Mohamed yang mencadangkan calon-calon PRU13 akan datang Barisan Nasional memperkenalkan calon-calon yang berusia di bawah 50 tahun namun dalam masa yang sama calon-calon tersebut mestilah juga dikenalpasti sebagai calon yang mempunyai sahsiah,jati diri dan meletakkan kepentingan parti serta kerajaan melebih daripada kepentingan peribadi dan bukannya jadi pemanas kerusi di Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon tersebut hendaklah sentiasa bersedia untuk bangkit di dalam Dewan Rakyat bagi mempertahankan kepimpinan,parti dan kerajaan bila diserang,diherdik,dihina serta dicerca oleh pembangkang dan bukannya mengambil peluang untuk berbahas ataupun berhujah di dalam Parlimen ketika Perdana Menteri berada di dalam Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon berumur di bawah 50 tahun seperti MP Hulu Selangor,P.Kamalanathan.MP Kota Belud,Abdul Rahman Dahalan,MP Rembau,Khairy Jamaluddin,MP Arau,Ismail Kassim,MP Lenggong, Shamsul Anwar Nasrah (sekadar menyebut beberapa nama) membuktikan pemilihan mereka oleh parti dan rakyat sebagai wakil mereka tidak menjadi sia-sia apabila mereka ini sering serta tidak membenarkan mana-mana pun pembangkang menghina ataupun mengaibkan kepimpinan,kerajaan serta parti dan bersedia pada bila-bila masa `menyekolah’ pembangkang dan paling penting mereka ini jarang ponteng daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Nama-nama yang berusia bawah 50 tahun seperti KJ dan Rahman Dahalan ini bukan sahaja berani di dalam Dewan Rakyat malah berdebat dengan pembangkang pun mereka bersedia bila-bila masa dan mereka menggunakan peluang ataupun rezeki sebagai Wakil rakyat dengan sebaik-baiknya dan tidak mengejar untuk jawatan-jawatan di GLC ataupun GOC..

KJ buktikan..!
Mereka yang berusia di bawah 50 tahun seperti yang disebutkan awal tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan dan mereka membuktikan pemilihan mereka sebagai Wakil Rakyat oleh parti mereka  tidak silap,mereka gunakan sidang Dewan Rakyat sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat,parti serta kerajaan.saat mereka ini bertegang urat dengan pembangkang,mana rakan-rakan yang seusia dengan mereka?

Kalau mahu dibandingkan dengan Nur Jazlan sendiri atau boleh tengok ataupun baca hansard Parlimen,tanya beliau berapa kalikah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat?Berapa banyak soalan bertulis ataupun soalan lisan yang beliau ajukan?Berapa kalikah beliau bangun mempertahankan kerajaan,parti ataupun pemimpin bila diserang oleh pembangkang sedangkan beliau juga dikategorikan sebagai pemimpin muda yang diberi peluang untuk jadi wakil rakyat sebelum umurnya 50 tahun.

Kita menganggap kenyataan Nur Jazlan itu seperti meludah kelangit kerana dalam kesempatan beliau diberikan peluang untuk menggantikan ayahnanda beliau,beliau gagal untuk menjadi Mohamed Rahmat kedua dan beliau cuma bernafsu besar termasuklah pernah menawarkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.Isu yang dipolemik  Nur Jazlan ini seperti membuka pekongnya sendiri dan silap PM Najib juga kerana melantik beliau jadi Pengerusi GLC Uda hingga beliau sibuk dan tidak dapat menumpukan kerja-kerja Wakil Rakyat di parlimen!

Persoalan usia calon sebenarnya tidak perlu dibangkitkan asalkan calon itu sihat serta waras dan mampu mempertahankan institusi walaupun mereka berumur lebih dari 50 tahun seperti MP Sri Gading,Mohamed Aziz,MP Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (sekadar menyebut beberapa nama) malah mereka ini jugalah yang dilihat menjadi inspirasi kepada MP-MP yang masih muda malah dalam susur galur perjuangan politik ianya tidak ada titik noktah sehinggalah dijemput Allah ke alam barzakh.

Mohamed Aziz buktikan usia bukan penghalang!
Kita perlu mengakui hakikat bahawa yang berumur lebih daripada 50 tahun lebih efisen serta bertenaga kalau mahu dibandingkan dengan usia yang dimaksudkan oleh Nur Jazlan itu malah sebelum ini  kita telah kehilangan wakil-wakil rakyat yang berani,vokal seperti Alwi Che Ahmad (Ketereh) Mohamad Said (Jasin) Badarudin Amiruddin (Jerai) dan beberapa nama lain lagi dan kalau nama-nama ini masih ada di Dewan Rakyat dan bergabung dengan yang sedia ada ketika ini,kita percaya pembangkang tidak akan berani angkat muka untuk menyentuh peribadi ataupun  menghina perlaksanaan dasar kerajaan.

Betul kita perlu pemimpin yang muda,wakil rakyat yang bertenaga tetapi apa gunanya kalau mereka ini berada di Dewan Rakyat hanya sekadar untuk mencukupkan korum,memanaskan kerusi,makan elaun buta,cakapnya dipentas ceramah berdegar-degar tetapi menikus di dalam Dewan Rakyat dan pada Nur Jazlan.tidak payahlah mencetuskan isu kerana setakat ini selain nama-nama yang disebutkan di atas tadi merekalah sebenarnya pejuang parti yang mempertahankan kerajaan dan kepimpinan.

No comments:

Post a Comment