Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.
Bertitik tolak dari
persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka
peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan
penting di dalam kerajaan. Ini kerana
orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya
tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.
Kebimbangan
orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila
orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu
walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.
Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin
bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan
baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu
ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan
lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku
pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada
pilihanraya yang akan datang. Apa guna
menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?
Orang-orang Melayu
(baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’
dari segi minda dan sikap. Transformasi
tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa
dan negara. Transformasi harus dilakukan
dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya
dalam mengharungi zaman untuk kekal
menjadi pemerintah di negara