Tuesday 25 September 2012

Kaki Sembang: Panas Gilerr - Gopinath Jayaratnam yang menghina A...

Kaki Sembang: Panas Gilerr - Gopinath Jayaratnam yang menghina A...: Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk pad...

Monday 24 September 2012


Turun Naik Saham FGV – Realiti, Spekulasi & Fantasi

September 24, 2012   ·   0 Comments
FGVH2-565x436[1]
PAS melalui NGO proksinya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ternyata tidak pernah duduk diam dalam menggerakkan propaganda jahat dalam usahanya untuk meracuni pemikiran golongan peneroka di tanah rancangan FELDA.
Mereka masih bertungkus lumus untuk menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan FELDA Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dengan menyebarkan khabar palsu dan mengelirukan fakta dengan harapan untuk membangkitkan kemarahan ramai.
Dalam tempoh sebulan ini sekurang-kurangnya dua isu telah digembar gemburkan oleh ANAK dan sekutu mereka melalui media maya dan akhbar milik mereka;-
1) Spekulasi turun naik harga saham FGVH
2) Polemik  unsur judi dalam FGVH
Berkaitan prestasi turun naik harga saham FGVH di BSKL, sepanjang bulan September ini pembangkang melalui beberapa portal dan media maya mereka cukup seronok membicarakan penurunan harga saham FGVH di BSKL.
Mereka seperti meraikan penurunan tersebut apatah lagi apabila harga saham tertinggi yang dicatatkan FGVH pada harga RM5.46 tidak bertahan lama setelah kemudiannya mengalami penurunan harga kepada RM4.57 untuk seunit saham.
Dengan memperbesarkan kejatuhan harga saham itu, pembangkang merasakan peluang untuk mereka membuktikan kepada umum bahawa langkah penyenaraian FGVH di BSKL adalah satu langkah yang silap dilihat sebagai benar.
Walhal hakikatnya, turun dan naik harga saham FGVH berkait rapat juga dengan aktiviti jual beli. Dalam kes ini, saham FGVH telah beberapa kali mengalami penurunan selepas KWSP & PNB menjual sedikit demi sedikit secara berperingkat pegangan saham FGVH untuk mendapatkan keuntungan.
Setelah harganya turun pada tangga tertentu,  KWSP & PNB kembali membeli saham-saham FGVH untuk jangka masa tertentu. Itulah resam urusniaga dalam pasaran saham. Beli semasa harga rendah dan jual bila harga tinggi.https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/551000_438581379485686_100000014842517_1706648_1779103005_n.jpg
Kedah yang diperintah oleh PAS pun ada anak syarikatnya telah membeli unit saham FGVH, malah dikalangan pemimpin pembangkang pun ada yang secara senyap-senyap memiliki saham FGVH termasuklah sudah beberapa kali melakukan transaksi jual beli saham, itu menjelaskan lagi besarnya potensi FGVH yang diyakini ramai.
Ketika artikel ini hampir siap ditulis, harga terkini saham FGVH ialah RM4.83 untuk seunit. Peningkatan 0.26 sen berbanding harga terendahnya berikutan langkah KWSP & PNB membeli semula saham-saham di pasaran secara berperingkat ketika harganya rendah.
Sementara itu keuntungan yang diperolehi oleh KWSB & PNB hasil penjualan saham pula dapat dinikmati oleh ahli-ahli mereka termasuklah anda yang mencarum dengan KWSP dan mereka yang melabur dengan unit saham milik PNB.
Manakala di pihak FGVH pula keuntungan dari urus niaga saham-saham tersebut dikongsi sama dengan para peneroka di seluruh negara. Tiada tanah tergadai, tiada bantuan diabaikan sebaliknya nikmat keuntungan dan kesejahteraan dinikmati semua. Win-win situation.http://www.desaku.com.my/codenavia/portals/telecentre/code/objects/resizeimage/image.php?image=/codenavia/portals/telecentre/images/telecentre/news/13435304821931.jpg&cropratio=1.33:1&width=300&height=226&width=300&height=226
Untuk makluman, pada akhir Ogos lalu seramai 112,635 peneroka FELDA telah menerima pemberian dividen interim sebanyak RM400 hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGVH. Dua bulan sebelum itu, setiap keluarga peneroka FELDA turut menerima durian runtuh wang tunai RM15,000 yang dilakukan dalam tiga fasa.
Manakala itu, bermula 1 September lepas pula pihak Felda telah mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGVH dan hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan kepada FELDA.
Bukankah semua nikmat ini hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tentunya tak terjangkau dek akal sejemput milik para pemimpin dan penyokong pembangkang.
Rata-rata penyokong pembangkang di FELDA hanya tahu komplen 24 jam tapi bila ada hasil dari penyenaraian saham FGVH, suku sakat merekalah antara yang paling ke depan menebalkan muka untuk menikmatinya. Bila kena boo oleh rakan-rakan sendiri, tahu pula marah.
Penulis yakin pakatan pembangkang khususnya PAS dan NGO proksinya, ANAK akan terus melakukan spekulasi dan propaganda murahan untuk mencipta fantasi dan halusinasi palsu di minda rakyat terutama para peneroka.
Namun selagi KWSP dan PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar, harga saham tidak akan jatuh merudum sebagaimana dipropagandakan oleh pembangkang.
Realitinya, di antara FGVH yang sudah terbukti berada dilandasan yang betul dan menguntungkan pelaburnya termasuklah memberi limpahan manfaat untuk 112,635 peneroka FELDA tentulah amat tidak kena sama sekali untuk menerima pakai pula pandangan tahyul dari PAS yang koperasi miliknya KOHILAL telah mengalami kerugian lebihkurang RM45 juta membabitkan wang milik 89,000 ahlinya di seluruh negara. Tak gitu?

MYKMU.NET

Saturday 15 September 2012

AAKJ.COM: TERKINI !! PENERBIT FILEM HINA NABI SAW D TANGKAP ...

AAKJ.COM: TERKINI !! PENERBIT FILEM HINA NABI SAW D TANGKAP ...: LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan p...

Monday 10 September 2012


Pendidikan Percuma Belum Mula Tapi UNISEL Dah Rugi

Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?

Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan? 

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.

Thursday 6 September 2012


Polemik usia 50 tahun-sia-sia kalau bacul di Dewan Rakyat


Nur Jazlan cadangkan usia 50 tahun ke bawah.
KITA setuju dengan kenyataan MP Pulai Nur Jazlan Mohamed yang mencadangkan calon-calon PRU13 akan datang Barisan Nasional memperkenalkan calon-calon yang berusia di bawah 50 tahun namun dalam masa yang sama calon-calon tersebut mestilah juga dikenalpasti sebagai calon yang mempunyai sahsiah,jati diri dan meletakkan kepentingan parti serta kerajaan melebih daripada kepentingan peribadi dan bukannya jadi pemanas kerusi di Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon tersebut hendaklah sentiasa bersedia untuk bangkit di dalam Dewan Rakyat bagi mempertahankan kepimpinan,parti dan kerajaan bila diserang,diherdik,dihina serta dicerca oleh pembangkang dan bukannya mengambil peluang untuk berbahas ataupun berhujah di dalam Parlimen ketika Perdana Menteri berada di dalam Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon berumur di bawah 50 tahun seperti MP Hulu Selangor,P.Kamalanathan.MP Kota Belud,Abdul Rahman Dahalan,MP Rembau,Khairy Jamaluddin,MP Arau,Ismail Kassim,MP Lenggong, Shamsul Anwar Nasrah (sekadar menyebut beberapa nama) membuktikan pemilihan mereka oleh parti dan rakyat sebagai wakil mereka tidak menjadi sia-sia apabila mereka ini sering serta tidak membenarkan mana-mana pun pembangkang menghina ataupun mengaibkan kepimpinan,kerajaan serta parti dan bersedia pada bila-bila masa `menyekolah’ pembangkang dan paling penting mereka ini jarang ponteng daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Nama-nama yang berusia bawah 50 tahun seperti KJ dan Rahman Dahalan ini bukan sahaja berani di dalam Dewan Rakyat malah berdebat dengan pembangkang pun mereka bersedia bila-bila masa dan mereka menggunakan peluang ataupun rezeki sebagai Wakil rakyat dengan sebaik-baiknya dan tidak mengejar untuk jawatan-jawatan di GLC ataupun GOC..

KJ buktikan..!
Mereka yang berusia di bawah 50 tahun seperti yang disebutkan awal tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan dan mereka membuktikan pemilihan mereka sebagai Wakil Rakyat oleh parti mereka  tidak silap,mereka gunakan sidang Dewan Rakyat sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat,parti serta kerajaan.saat mereka ini bertegang urat dengan pembangkang,mana rakan-rakan yang seusia dengan mereka?

Kalau mahu dibandingkan dengan Nur Jazlan sendiri atau boleh tengok ataupun baca hansard Parlimen,tanya beliau berapa kalikah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat?Berapa banyak soalan bertulis ataupun soalan lisan yang beliau ajukan?Berapa kalikah beliau bangun mempertahankan kerajaan,parti ataupun pemimpin bila diserang oleh pembangkang sedangkan beliau juga dikategorikan sebagai pemimpin muda yang diberi peluang untuk jadi wakil rakyat sebelum umurnya 50 tahun.

Kita menganggap kenyataan Nur Jazlan itu seperti meludah kelangit kerana dalam kesempatan beliau diberikan peluang untuk menggantikan ayahnanda beliau,beliau gagal untuk menjadi Mohamed Rahmat kedua dan beliau cuma bernafsu besar termasuklah pernah menawarkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.Isu yang dipolemik  Nur Jazlan ini seperti membuka pekongnya sendiri dan silap PM Najib juga kerana melantik beliau jadi Pengerusi GLC Uda hingga beliau sibuk dan tidak dapat menumpukan kerja-kerja Wakil Rakyat di parlimen!

Persoalan usia calon sebenarnya tidak perlu dibangkitkan asalkan calon itu sihat serta waras dan mampu mempertahankan institusi walaupun mereka berumur lebih dari 50 tahun seperti MP Sri Gading,Mohamed Aziz,MP Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (sekadar menyebut beberapa nama) malah mereka ini jugalah yang dilihat menjadi inspirasi kepada MP-MP yang masih muda malah dalam susur galur perjuangan politik ianya tidak ada titik noktah sehinggalah dijemput Allah ke alam barzakh.

Mohamed Aziz buktikan usia bukan penghalang!
Kita perlu mengakui hakikat bahawa yang berumur lebih daripada 50 tahun lebih efisen serta bertenaga kalau mahu dibandingkan dengan usia yang dimaksudkan oleh Nur Jazlan itu malah sebelum ini  kita telah kehilangan wakil-wakil rakyat yang berani,vokal seperti Alwi Che Ahmad (Ketereh) Mohamad Said (Jasin) Badarudin Amiruddin (Jerai) dan beberapa nama lain lagi dan kalau nama-nama ini masih ada di Dewan Rakyat dan bergabung dengan yang sedia ada ketika ini,kita percaya pembangkang tidak akan berani angkat muka untuk menyentuh peribadi ataupun  menghina perlaksanaan dasar kerajaan.

Betul kita perlu pemimpin yang muda,wakil rakyat yang bertenaga tetapi apa gunanya kalau mereka ini berada di Dewan Rakyat hanya sekadar untuk mencukupkan korum,memanaskan kerusi,makan elaun buta,cakapnya dipentas ceramah berdegar-degar tetapi menikus di dalam Dewan Rakyat dan pada Nur Jazlan.tidak payahlah mencetuskan isu kerana setakat ini selain nama-nama yang disebutkan di atas tadi merekalah sebenarnya pejuang parti yang mempertahankan kerajaan dan kepimpinan.

Tuesday 4 September 2012

Di Mana Maruah Melayu


Bila Cina Tunjuk Anti Melayu

Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.  Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis.   Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.
Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya.
Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan ‘keuntungan’, kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam.   Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.  
Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.  
DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh ‘diper-anjing’kan untuk kepentingan mereka.  Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka.
Walaupun DAP-PAS-PKR kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa.
Kita telah mencuba mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap mereka tadi sememangnya berasas.
Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas gambar Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita.   Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia?
Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei.
Percayalah, kebencian ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Ingatlah, bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian tersebut bercirikan Melayu Islam.
Ingat juga bagaimana Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu diabaikan oleh mereka.  Sebaliknya, kaum Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia.   Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum Cina suatu hari nanti.
Namun, Melayu-melayu totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.  Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa.  Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.  

Sunday 2 September 2012

RBF Online: Syawal Belum Berlalu Pembangkang Sudah Pamer Sifat...

RBF Online: Syawal Belum Berlalu Pembangkang Sudah Pamer Sifat...: Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti...