Thursday 30 August 2012


Senario PAS/DAP Kuasai Parlimen

Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).  

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen.  Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua.  BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu  Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil.  Tetapi,  tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.  Ada kemungkinan ia terjadi begini:

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.  

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.  

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.  

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Wednesday 29 August 2012

RBF Online: Haron Din Nampak Kuman Di Seberang Laut, Gajah Dep...

RBF Online: Haron Din Nampak Kuman Di Seberang Laut, Gajah Dep...: Walaupun telah menghampiri usia 90 tahun dan telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi Tun Dr M masih mampu menggonc...

Selangor Tipu Rakyat Tentang Harga Air

Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.

Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.

Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.

Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.

Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.

Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.

Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.

Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.

Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.

Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Minda Hijrah: ULASAN rockyKCD - Haron Din: 'Tun Mahathir harus b...

Minda Hijrah: ULASAN rockyKCD - Haron Din: 'Tun Mahathir harus b...: 1.  Secara tiba-tiba Timbalan Mursyidul Am PAS bersuara setelah sekian lama menjadi 'Syaitan Bisu' ketika majoriti pemimpin PAS terutama b...

Tuesday 28 August 2012


SAYANGKAN DAP, PAS SANGGUP KORBANKAN PEMIMPIN ISLAM

Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.

Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.

Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.

PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.

Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.

Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.

Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.

PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.

PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.

Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.

Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.

Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.

Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.

Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.

PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas. 

Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.

Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.

Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.

Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.

Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.

Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP 

Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.

Friday 24 August 2012


Balasubramaniam Punca Altantuya Terbunuh

Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh

Friday 10 August 2012


DAP GOLONGAN KHAWARIJ CINA MAHU HAPUSKAN ISLAM

Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

Thursday 9 August 2012


Dong Zhong Ingin Sisihkan Kaum China

Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan ‘Chinese Education Memorandum’ yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.

Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang.

Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini.

Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan ‘Chinese Supremacy’ di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain.  Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia.

Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum.  Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan.  Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini.

Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan ‘apartheid’ di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi.  Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya.

Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka.

Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka.

Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia.  Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya.

Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu.

Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya.  Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar ‘pendidikan Cina’.   Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.  

Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina.  Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka.

Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa.  Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka.  Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini.  Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara.   Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.


Thursday, August 9, 2012

GILIRAN ISTANA SELANGOR PULA D SERANG !! KHAWARIJ MENGHINA RAJA MUDA !!




AMPUN TUANKU..!!

Baru-baru ini Istana Johor d serang dengan hebat..Tengku Mahkota Johor d hina dengan pelbagai cerita yang entah betul entah fitnah dan tohmahan tersebut berlangsung hampir setiap hari dari penulis yang jadikan arak sebagai teh O d waktu pagi ? dan d sambung oleh blog-blog yang kononnya pengikut dan penganut setia penyembah bulan purnama !!

Kini dengan modus operandi yang sama, golongan khawarij pembenci sistem "AMIR" atau SULTAN atau RAJA ini menjalankan jarum halus untuk menyuntik pemikiran orang awam malah pemikiran pelbagai golongan yang kurang pengetahuan agama juga dengan dakyah membenci pemimpin melalui akhlak anak isteri dan kaum kerabat.

Golongan khawarij atau dalam bahasa mudah orang kampung aakj - KOMUNIS DALAM ISLAM ini akan berusaha mempengaruhi rakyat dengan momokan cerita bahawa anak atau isteri atau kaum keluarga Si Pemimpin amat teruk perlakuan..kita wajar tumbangkan mereka kerana mereka ini bakal mewarisi takhta !! mudah saja alasan anjing2 yang cuba hancurkan sistem Raja Berpelembagaan Malaysia.

Kita cuba d alihkan perhatian d atas kesilapan golongan khawarij bangsat ini dalam insiden pembunuhan 2 putera Saidina Ali Karamullahiwajhah, Hassan r.a da Hussin r.a . Cucu Nabi saw yang d bunuh tanpa bicara semata-mata rampasan kuasa kerana dendam yazid laknatullah yang berpanjangan kononnya Nabi saw warisi pemerintahan Islam hanya kepada kaum keluarganya sahaja.

Aakj pernah menulis :

Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang Zalim

Sabda Rasulullah s.a.w:

Dalilnya hadis Muslim dan Ahmad berikut:

عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة )

Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. 

Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

BACA D SINI UNTUK TAFSIRAN LANJUT !!



Puok khawarij cuba menidakkan konsep hidayat dengan menghina Raja Muda Selangor, kata anjing-anjing ini :

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda. 


Khawarij laknat ini sengaja menimbulkan kebencian kita terhadap Sultan dan zuriat Baginda...mereka sengaja tidak mahu menghuraikan Konsep Hidayat..Hidayat hanya Allah yang tentukan..Nabi saw pun tak boleh beri Hidayat..aakj malas nak tulis bab Nabi saw menangis mengenangkan datuk kesayangan Baginda saw meninggal dunia tanpa KALIMAH TAUHID..ini Allah swt nak tunjukkan pada kita bahawa perkara yang paling BERNILAI d sini Allah adalah HIDAYAT dan hidayat ini hanya ALLAH swt saja yang beri kepada siapa saja yang Dia suka..!

Aakj mengajak sahabat semua tanya diri..apakah kita benar2 berdoa supaya Allah swt lindungi pemimpin kita ? atau sekadar angkat tangan cukupkan syarat khutbah jumaat dalam keadaan mata pejam kerana mengantuk ?

Apakah kita benar2 mohon Allah swt kekalkan hidayat ke atas pemimpin kita ? apakah cukup dengan sekali dua berdoa ? 

Kata Guru yang ajar aakj..

"kamu ambik gula dgn sudu dan kamu letak dalam kolah..kamu kacau..apakah kamu tahu gula yang sudu ke berapa dan kacauan atau pusingan sudu tersebut yang ke berapa akan memaniskan air kolah tersebut ? "


Itulah kesimpulan usaha atas hidayat..menarik rahmat Allah swt agar d beri hidayat..kekalkan hidayat ke atas diri kita dan ke atas seluruh ummat Nabi saw..kerja kita hanya berdoa dan berusaha..yang lain kita serahkan pada Allah swt..

Bukannya kerja kita selak kain dan tunjuk kudis orang dan panggil orang lain untuk sama-sama lihat keburukan orang..yakinlah..kalau kita doakan dengan ikhlas maka Allah swt akan dengar doa kita...kepada golongan khawarij bangsat..aakj harap anda semua cari cerita lain kalau sekadar nak naikkan ranking dan dapat elaun HARAM ! makan duit haram dengan cerita aib orang seperti makan bangkai babi..

Sultan dan Raja bukan pemimpin politik..mereka takkan jawab..tapi sebagai rakyat yang menumpang kasih d Selangor..aakj wajar pertahankan..ini Institusi bukan rekaan penjajah..institusi Amir atau Khalifah adalah Sunnah Nabi saw..aakj akan ulas lain kali tang Amir..khalifah..Gabenor d zaman Nabi saw !!

Bagi Aakj..Raja Muda Selangor pasti akan berubah dan ianya dalam masa terdekat..insyaallah kita semua doakan agar Allah beri petunjuk kepada beliau..aminnn !!


**aakj tutup nama blog tersebut dan rangkaian blog anjing khawarij yang lain kerana puok babi ni cuba memalukan Raja Muda tahap paling hina..

Wednesday 8 August 2012


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.  Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.  

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.  

Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik.   Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.    

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

Tuesday 7 August 2012


Kempen Save Maryam Amaran Umat Malaysia

Filed Under (  ) by Pisau Dotnet on 7.8.12

Pisau senaraikan ketakutan umat Islam di Malaysia dek kerana kebobrokan politik hingga kalangan haiwan politik sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.

1.Di Malaysia jika kita bercakap atau mempertahankan akan hak dan kepentingan umat Islam akan dituduh sebagai rasis dan kebencian agama.


2.Di Malaysia jika kita mempertahankan hak umat Islam yang termaktub didalam perlembagaan akan dianggap melanggar hak asasi manusia.


3.Di Malaysia jika kita mempertahankan nama Allah akan dianggap sebagai zalim dan tidak mengormati agama lain.


4.Di Malaysia ,Pemimpin PAS dan PKR mempertahankan penggunaan nama Allah didalam kitab Bible berbahasa melayu hanya mahukan undi.


5.Di Malaysia yang dikatakan alim ulama,berjubah dengan gelaran gelaran hebat menghalalkan Al-Quran dilacurkan atas kepentingan politik.


6.Di Malaysia pemimpin PAS menuduh umat Islam sebagai paranoid apabila bercakap dan menyuarakan kebimbangan gerakan kristianisasi Evengelis.


7.Di Malaysia,ada yang disaman kerana mempertahankan kalimah Allah.


8.Di Malaysia,adalah menjadi satu kesalahan di mata pakatan pembangkang apabila ada pihak yang mempertahankan hak umat Islam dan dituduh sebagai jahil dan tidak berfikiran terbuka.


9.Di Malaysia ,Umat Islam menjadi takut untuk pertahankan agama sendiri kerana tidak mahu dilabelkan sebagai anti pakatan rakyat.


10. Di Malaysia, ada pemimpin wakil rakyat dibuang daripada partinya kerana mempertahankan agama dan hak umat Islam.



Pisau kata " kita tak halang hak orang lain untuk mengamalkan adat dan kepercayaan masing masing, kita hanya mahukan hak dan kepentingan umat Islam dipelihara"

Dr Ridhuan Tee Abdullah – Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.


Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.


Antara faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih 13,000 pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya.


Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian.


Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.


Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan.


Saya amat berharap kerajaan Malaysia sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain dan perlu mesti bersedia berhadapan dengan perancangan tersusun dan licik orang lain.


Persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan serentak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja kamu nafkahkan pada jalan ALLAH, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi” (Surah Al-Anfal : 60)


Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah ‘gagal’ dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian.


Inilah yang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka. Ingatlah wahai saudara ku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita.


Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari).


Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.


Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.

Pisau kata "korang jangan lupa melawat www.savemaryam.com "


Read more: http://www.pisau.net/2012/08/kempen-save-maryam-amaran-umat-malaysia.html#ixzz22qQF32cJ

Monday 6 August 2012

Thursday 2 August 2012


PAS Tetap Barua DAP

Dalam kenyataan terbaru Setiausaha Agung PAS dua hari lepas kepada media, sekali lagi khalayak umum 'dikejutkan' dengan hasrat PAS untuk menjadi tulang belakang kepada gerombolan PR.

"Pas tetap akan jadi tulang belakang bagi PR," demikian tegas dan yakin sekali bunyinya kenyataan Mustafa Ali.

Entah mimpi apa yang mengganggu Mustafa malam sebelumnya sehingga memaksa dirinya untuk mengulangi kenyataan tersebut untuk entah ke berapa kali.

Dalam jangka waktu sebulan dua ini kerap betul pemimpin PAS bermimpi nak jadi tulang belakang. Sebelum ini pun, Presiden PAS, Hadi Awang juga pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bernada sama.

Tinggi sungguh angan-angan pemimpin PAS mahu menaiktaraf parti mereka supaya dilihat dan diiktiraf oleh khalayak sebagai tulang belakang kepada Pakatan Rakyat (PR). Elok-elok dilahirkan sebagai orang, tiba-tiba nak jadi tulang belakang, mimpi kot.

Sebetulnya, PAS sekarang berada dalam keadaan agak tertekan. Bukan sahaja tertekan dengan pelbagai isu kepimpinan dalaman parti yang sehingga menjerumuskan PAS kepada masalah kecelaruan prinsip, malah turut terbelit dengan masalah terlebih-lebih menjadi balaci.

Sejak PKR, DAP dan PAS bersekedudukan dan berkomplot mencipta pakatan pembangkang, umumnya masyarakat melihat komplot pakatan tersebut diketuai oleh PKR dengan bantuan dukungan kuasa disebalik tabir yang diterajui oleh DAP.

Sementara PAS pula kekal tarafnya sejak dulu hingga sekarang sebagai balaci merangkap barua paling setia kepada DAP dan PKR.

Pentingnya peranan PAS dalam gerombolan komplot pakatan tersebut boleh digambarkan seperti berikut, "tanpa PAS di sisi, bermakna sukarlah dicari ganti para barua yang setia mengikut kehendak ketua dan pendukungnya".

Itu identiti PAS semenjak berkomplot bersama DAP dan PKR yang sudah sebati dihayati oleh pemimpin dan penyokongnya. Setia dan sanggup menurut apa saja kemahuan ketuanya hatta kalau disuruh untuk meniarap atas jalanraya pun sanggup dilakukannya.

Namun kini PAS menyedari statusnya sebagai balaci dan barua bukannya membawa kebaikan melainkan lebih menjahanamkan lagi identitinya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya memiliki jatidiri sendiri, maka PAS cuba merubah persepsi umum.

Disebabkan itulah beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin PAS banyak bercakap perihal tulang belakang dan cuba menunjuk kekuatan melalui kerahan perhimpunan - segalanya dilakukan untuk mengikis identitinya sebagai balaci dan barua DAP.

Selepas kalimah Allah s.w.t digadai, stelah prinsip negara Islam dicampak ke longkang, setelah ranap akidah berpuluh muslim dan selepas jahanam anak bangsa dek kerana penangan LGBT, baru PAS cuba keluar dari tugasan sebagai balaci DAP?

Masalahnya, sama ada persepsi umum mahupun identiti hakiki PAS, sudah termaktub sukar untuk dikikis selagi para pimpinan PAS cuma berani seketika untuk tunjuk lagak kemudian terus menikus tunduk mengikut kehendak DAP setelah dihentam dan di brainwash dalam mesyuarat tertinggi.

Mahu tidak mahu, PAS perlu terima hakikat yang tersurat, tidak kira berapa banyak tulang belakang sotong mahu ditukar ganti oleh pemimpin PAS, realiti tetap realiti - PAS tetap balaci dan barua DAP.


PAS Sedia Serang Pihak Menentang Maksiat di Selangor

Selangor kini sudah sinonim dengan gelaran ‘Syurga Dunia’ bagi mereka-mereka yang gemar berhibur.   Dan kita bukan bercakap tentang hiburan ringan seperti muzik atau teater, tetapi hiburan berat di tahap ‘tertinggi’ yang boleh didapati dengan mudah di seluruh pelusuk negeri Selangor.

Seimbas lawatan ke Puchong atau Subang Jaya sahaja kita mendapati beratus-ratus rumah urut termasuk urut kesihatan dan juga ‘urut hiburan’.  Namun, kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian urutan jenis mana yang lebih banyak ditawarkan kerana melihat sahaja ‘amoi’ atau ‘neng’ tukang urut yang bersantai menunggu pelanggan, kita tidak yakin yang mereka itu mampu mengurut urat terkehel atau tulang patah untuk kesihatan.  

Hakikatnya, percambahan rumah urut di Selangor bukanlah serangan peluru kapur dari BN terhadap kerajaan PR tetapi ia adalah sesuatu yang terlalu nyata yang mana orang buta juga tidak dapat menafikannya.

Pada 1 Julai 2011, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor membuat aduan mengenai hal ini serta mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa hanya 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri.

Sedangkan, mengikut Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan berdasarkan pemerhatian, terdapat lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Tetapi, segala aduan tersebut telah diabaikan sahaja oleh kerajaan negeri.  Dan ini adalah cerita tahun lepas.  

Tahun ini, rumah-rumah urut di Selangor telah tumbuh dengan berlipat ganda lagi.  Dan sekali lagi pihak kerajaan negeri, khasnya, Ronnie Liu, menafikan yang kerajaan Selangor mengeluarkan lesen kepada rumah-rumah urut ini.  

Kenyataan tersebut hanya mengesahkan lagi bahawa kerajaan negeri telah tidak menangani masalah ini dengan serius sehingga menyebabkan rumah-rumah urut terus ‘bermarajalela’ beroperasi secara haram.  Lebih buruk lagi apabila parti PAS yang sama-sama berkongsi peranan dalam pentadbiran negeri Selangor juga mengambil sikap yang sama dengan Ronnie Liu iaitu menafikan serta tidak mengendahkan aduan rakyat.  

3 EXCO dan 7 wakil DUN PAS di Selangor nampaknya tegar mempertahankan kerajaan PR Selangor biarpun seluruh negeri bergelumang maksiat.  Bukan itu saja, mereka juga sanggup menyerang sesiapa sahaja yang lantang menghentam isu maksiat di Selangor.

Secara langsung, PAS memaksa penyokong-penyokongnya memejam mata dan memekakkan telinga dalam isu ini.  Mungkinkah PAS memilih untuk memakai pepatah Inggeris yang berbunyi ‘if you can’t beat them, join them’ (kalau tak dapat kalahkan mereka, sertai mereka)?  Jika inilah sikap PAS mengenai masalah maksiat yang berleluasa, maka eloklah PAS menukar sahaja nama partinya agar tidak mencemarkan lagi nama agama Islam yang telah teruk dipermainkan oleh mereka.

Kita tidak pernah lupa bagaimana penyokong PAS suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan BN sanggup berjihad menentang kilang arak di Selangor.  Kononnya, kewujudan kilang itu sudah cukup untuk menunjukkan yang BN menyokong maksiat, hatta kafir serta wajib ditentang dan dijatuhkan.  Seolah-olah tidak sahlah solat seluruh umat Islam di Malaysia selagi kilang tersebut tidak diroboh dan selagi kedai-kedai menjual arak, pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut wujud di negara ini.

Namun, hari ini penyokong-penyokong PAS yang sama membisu seribu bahasa mengikut rentak EXCO, ADUN, Presiden dan Mursyidul Am mereka mempertahankan kerajaan negeri Selangor walaupun kilang arak masih terus wujud dan pusat maksiat tumbuh berlipat kali ganda dan tanpa kawalan berbanding zaman pemerintahan BN.  

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajar merasa malu jika masih melaungkan sokongan terhadap PAS atas alasan Islam dan menginginkan hudud.

Jika masalah maksiat yang nyata juga PAS tak ambil peduli, apakah layak untuk PAS bercakap tentang hudud, Negara Islam, malah Islam itu sendiri?